Kesihatan

Simptom Text Neck, Punca Tengkuk Sakit Dan Cepat Lenguh

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Simptom Text Neck, Punca Tengkuk Sakit Dan Cepat Lenguh

“Kenapalah leher selalu rasa lenguh-lenguh, dah teleng kiri kanan pun tetap rasa tak selesa, makin sakit lagi adalah”

IKLAN

Masalah sakit leher seperti ini mungkin ramai yang sudah lalui dan alaminya tapi adakah kamu sedar jika sakit leher ini dibiarkan ia akan jadi lebih melarat, lalu membuatkan leher dan tengkuk kamu menjadi lebih teruk lagi.

Tambahan lagi, ramai yang menyangka ianya cuma masalah sakit leher biasa sahaja, tapi sebenarnya sakit leher ini dikenali sebagai text neck.

Gajet Dalang Berlakunya Text Neck

Ramai yang tak sedar yang diri mereka mengalami masalah text neck kerana menganggapnya sebagai sakit urat sendi dan lenguh-lenguh bahu sahaja.

Untuk pengetahuan semua text neck ini terjadi kerana tekanan yang terkumpul pada leher menyebabkan leher menjadi tegang, lenguh dan juga boleh cedera.

Foto – Spine Health

Dan bagaimana leher boleh sakit hingga cedera begini adalah kerana penggunaan gajet elektronik seperti telefon pintar, tablet dan laptop yang membuatkan kepala menunduk sebanyak 45 darjah hingga 60 darjah.

Semakin ke bawah kepala menunduk, semakin berat dan lenguh tengkuk menahan berat kepala. Bayangkan berapa lama kepala kamu menunduk ke bawah tatkala melihat telefon, laptop mahupun tablet?

Jadi tidak hairanlah leher dan tengkuk boleh cedera, betul tak.

Simptom Text Neck

Untuk mengetahui bagaimana diri kamu menghadapi sakit text neck dan bukan sakit leher yang biasa, di sini penulis senaraikan beberapa simptom atau petanda yang boleh kamu perhatikan.

IKLAN

Lihat sama ada kamu mengalami simptom-simptom ini, jika ya maka kamu perlukan cara rawatan yang betul bagi menangani text neck ini.

Foto – The National
  • Rasa sakit bahagian leher, tengkuk dan bahu.
  • Postur kepala dan bahu bergerak kehadapan lalu menyebabkan otot leher dan bahagian belakang badan jadi tidak seimbang.
  • Pergerakan menjadi terbatas dan membuatkan bahu dan leher menjadi tegang.
  • Mengalami sakit kepala dan tertekan apabila terlalu lama menunduk melihat telefon atau gajet elektronik lain.
  • Leher bergerak secara refleks kehadapan semasa melihat gajet, menyebabkan leher menjadi lebih sakit.
  • Kadang-kala kamu juga akan merasa sakit dibahagian rahang kerana ketidak seimbangan otot pada urat leher.

Tangani Masalah Text Neck Dengan betul

Foto – The Jakarta Post

Untuk menagani masalah text neck kamu perlukan cara dan kaedah yang betul, berikut adalah beberapa tips yang boleh kamu ikuti di bawah.

  • Apabila kamu menggunakan telefon pintar, pastikan telefon tersebut berada di paras mata supaya kepala kamu tidak menunduk ke bawah.
  • Kerap merehatkan leher, jangan terlalu lama gunakan peralatan gajet hingga tengkuk menjadi sakit, lenguh dan akhirnya cedera.
  • Postur duduk juga harus betul dan lurus agar kepala berada pada posisi yang neutral.
  • Kerap melakukan renggangan dan senaman leher.

Contoh Aktiviti Renggangan Dan Senaman Leher

Selain itu, kamu juga boleh mengikuti cara renggangan seperti dalam gambar di bawah, legakan otot dan urat leher dengan melakukan senaman renggangan di bawah.

Sakit leher seperti text neck ini tidak boleh diambil ringan, kerana makin lama dibiarkan boleh menyebabkan leher kamu cedera dan sukar untuk dirawat nanti.

Foto – Pinterest

Kurangkan Risiko Text Neck

Bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko diri kamu mengalami masalah sakit leher seperti ini, terdapat beberapa perkara yang boleh kamu lakukan. Berikut adalah perkara yang boleh kamu lakukan di bawah.

  • Elak menggunakan telefon atau gajet elektronik lain dalam tempoh yang lama.
  • Kerap rehatkan tengkuk dengan melakukan postur kepala yang betul dan tidak menunduk.
  • Set penggera selang beberapa minit atau jam bagi mengingatkan diri kamu untuk merehatkan kepala dan leher dengan melakukan senaman atau renggangan.
Foto – The Asian Age

Jika kamu dapati leher dan tengkuk berasa sangat sakit, segera lakukan pemeriksaan di hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ingat sakit leher tidak boleh dibiarkan, jika dari awal kamu merasai rasa sengal-sengal dan lenguh di bahu, leher dan tengkuk belakang, maka segera rehatkan kepala dan lakukan senaman bagi melegakan otot-otot yang tertekan.

Jaga kesihatan bermula dari awal dan bukannya dah sakit teruk baru nak cari ubatnya.

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2,