Fesyen

Kerut Dahi Tengok Harga OOTD Seo Ye Ji Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Kerut Dahi Tengok Harga OOTD Seo Ye Ji Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Fesyen dalam K-Drama memang buat penonton menangis. From head to toe, pihak produksi sajikan pilihan outfit yang trendy. Tak pernah nampak tak cantik! Kalau bercakap bab jenama pula, rasanya semua jenama mahal mereka sarungkan pada para pelakon – Chanel, Balenciaga, YSL, Dolce and Gabbana (D&G), dan pelbagai lagi.

IKLAN

Seo Ye Ji dalam drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ bukan asing lagi adalah pelakon wanita utama paling bergaya buat masa ini. Wataknya sebagai Ko Mun-yeong dipenuhi dengan fesyen OOTD berjenama dengan label harga yang cukup mewah. Tiada satu yang murah lekat di fizikalnya.

Bayangkan dari episod 1 hingga sekarang, kita dipersembahkan dengan fesyen Ko Mun-yeong penuh warna-warni. Ko Mun-yeong acapkali dalam gaun, dress, skirt dari pemilihan fabrik warna ceria, penuh cetakan, langsung tiada yang kelam. Beg tangan, topi, kaca mata hitam dan barangan kemas juga bukan dari jenama biasa-biasa, semua ‘tip top’ jenama mewah.

Jangan terkejut kalau dalam satu babak, OOTD Ko Mun-yeong saja mencecah ratusan ribu (RM105,124). Babak di mana dia keluar date dengan Moon Kang Tae (Kim Soo Hyun) di sebuah kedai serbaneka. Di sini dia menyarung OOTD dengan suntikan elemen retro, gaun polka dot, sepatu peep-toe, topi ala-ala kerabat diraja, barangan kemas yang bergemerlapan, apa yang boleh dikatakan setiap helaian sangat eye-catching sekali.

Foto – TVN

Jom stalk OOTD Ko Mun-yeong di kedai serbaneka.

Gaun polka dot Magda Butrym LBD (USD1502, RM6410) & Sepatu peep-toe Gianvito Rossi (EURO885, RM4300)

Foto – TVN

 

Foto – Arkib Wanista

Barangan kemas dari Subyul – subang berbentuk lebah (158,000KRW, RM559), subang perincian batu putih (280,000KRW, RM991), cincin Luna Beam Ring in Labradorite (88,000KRW, RM311), cincin Luna Beam Ring in Champagne (78,000KRW, RM276)

IKLAN
Foto – TVN
Foto – Subyul
Foto – Subyul
Foto – Subyul

 

Seutas cincin B. Zero 1 Ring dari BVLGARI (7,600 Euro, RM36929)

Foto – TVN
Foto – BVLGARI

Jam tangan Serpenti Tubogas Rose Gold & Stainless Steel Single Twist rekaan BVLGARI (9250USD, RM39479)

Foto – TVN
Foto – BVLGARI

Kaca mata Team Birdie dari HONGHOL (245,000 KRW, RM867)

Foto – TVN
Foto – HONGHOL

Beg tangan hitam dari MOYNAT (3515USD, RM15002)

Foto – TVN
Foto – MOYNAT

Kerut dahi sekejap tengok harga setiap OOTD Ko Mun-yeong, dah boleh beli kereta.

RUJUKAN