Baru-baru ini nama aktres jelita Indonesia Hana Hanifah hangat dikatakan terjebak dalam kes pelacuran dalam talian (online), pelakon muda berusia 23 tahun ini telah ditahan pada 13 Julai lalu di sebuah hotel di Medan, Indonesia.
Aktres jelita ini mengaku terjebak dalam dunia pelacuran sejak setahun yang lalu kerana inginkan kemewahan yang pantas dan mudah.
Ironiknya ekoran penangkapan dirinya bersama seorang ahli perniagaan dalam sebuah bilik tanpa berpakaian itu mengherat nama-nama selebriti Indonesia lain yang turut menggunakan kaedah pelacuran dalam talian untuk menambah ‘duit poket’ masing-masing.
Ikuti rentetan Kes Pelacuran Aktres Cantik Hana Hanifah.
#1 Ditemui Sedang Melayan Seorang Ahli Perniagaan Dalam Bilik Hotel
Tergempar pelakon seksi ditangkap tanpa berpakaian dalam sebuah bilik hotel di Medan Sumatera Utara, bersama seorang lelaki yang dipercayai seorang ahli perniagaan.
Ketika penangkapan dilakukan pihak berkuasa menjumpai barang bukti seperti alat kontraseptif, telefon bimbit dan juga kad ATM di dalam bilik hotel tersebut.
#2 Ramai Selebriti Terjebak Dalam Kancah Pelacuran
Berikutan penangkapan aktres muda naungan syarikat FTV ini, membuka penyiasatan ke atas kes aktiviti pelacuran dalam talian yang melibatkan ramai selebriti di Indonesia.
Tambahan lagi, dengan penglibatan Hana dalam kes pelacuran dalam talian ini, membongkar beberapa nama selebriti jelita Indonesia yang lain yang pernah terjebak dalam kancah pelacuran seperti ini.
Antaranya adalah Vanessa Angel, Avriellia Shaqqila, Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Aldira Chena, Tiara Permatasari dan ramai lagi.
#3 Hana Hanifah Jadi ‘Saksi’
Menariknya selepas Hana Hanifah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia, penguambela kepada aktres jelita ini iaitu Machi Achmad memaklumkan bahawa pelakon tersebut bukanlah suspek dalam kes pelacuran dalam talian ini, sebaliknya adalah saksi dalam kes tersebut.
#4 Pihak Berkuasa Cari Jurugambar Dalang Sindiket Pelacuran Online
Menurut Ketua Polis Medan, Pesuruhjaya Kanan Riko Sunarko menyatakan kes pelacuran ini melibatkan seorang jurugambar dengan identiti digelar J oleh pihak polis Medan.
Jurugambar tersebut menawarkan bayaran dan pendapatan yang lumayan kepada Hana Hanifah jika melayan orang-orang ternama. Kini pihak polis sedang mencari dalang sindiket yang merupakan seorang jurugambar di Jakarta.
#5 Menangis Mohon Maaf
Kontroversi demi kontroversi terpalit pada aktres muda ini, berikutan isu pelacuran dalam talian yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutama warga Indonesia. Hana Hanifah tampil membuat kenyataan dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya.
Difahamkan aktres jelita ini telah dibebaskan, walau bagaimanapun pihak polis masih lagi menyiasat dalang sindiket pelacuran yang melibatkan selebriti di Indonesia.
Sekalipun ingin pendapatan yang besar dan mewah ini bukan caranya dengan menjual diri demi menikmati kemewahan yang bersifat sementara di dunia.