Tips

Cool Betul Cara Orang Korea Hilangkan Stress

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Cool Betul Cara Orang Korea Hilangkan Stress

Setiap orang ada cara masing-masing menangani tekanan. Ada yang pergi window shopping, mendengar muzik kegemaran, menonton wayang dan banyak lagi.

IKLAN

Orang Korea juga begitu. Setiap tahun kita dikejutkan dengan industri hiburan Korea dengan kes bunuh diri. Namun, kes yang disebabkan gangguan jiwa kemurungan ini bukanlah hanya melibatkan artis saja. Ia turut melibatkan ramai orang Korea yang lain. Ini semua atas dasar kemajuan dan kesempitan hidup di Korea.

Sebagai contoh pelajar sekolah menengah biasanya mempunyai kelas dari sekitar 8 pagi hingga 9.30 malam atau 10 malam. Tujuannya adalah untuk memasuki universiti yang baik dan selalunya persaingan sangat tinggi. Keadaan ini membuatkan diri mereka yang masih muda tertekan dengan bebanan tanggungjawab yang berat.

Agar diri sentiasa rasa gembira, berikut adalah 8 cara orang Korea membebaskan diri dari belenggu tekanan.

#1 Karaoke

Foto – Pinterest

Mereka gila karaoke atau dipanggil Noraebang. Sama ada secara solo atau berkumpulan, orang Korea khususnya orang muda akan menghabiskan masa dengan menyanyi pelbagai jenis lagu. Tidak kiralah individu pandai nyanyi atau tidak, yang penting mereka dapat lepaskan seketika tekanan tersebut. Sambil nyanyi, mereka juga turut minum minuman keras dan makan snek ringan. Disebabkan itu, kebanyakan pusat karaoke di Korea buka 24 jam.

#2 Main Game

Foto – Seoul Insider Guide

Katanya dengan bermain game, mereka akan rasa puas. Di Korea terdapat pelbagai jenis Pusat Internet atau PC Bang, dan hampir ksemuanya dibuka 24 jam. Bayangkan ada yang sampai menghabiskan masa bermain game tanpa sebarang gangguan luar, dan paling teruk sanggup tidur di situ juga hanya kerana mahu lari dari bebanan hidup.

#3 Jumpa Kawan

IKLAN
Foto – Twitter

Tidak kira waktu atau tempat, dengan berjumpa kawan, mereka akan rasa sedikit tenang. Jadi tidak hairanlah jika seseorang tertekan, mereka pasti akan menghubungi kawan untuk berjumpa, berborak malah minum. Itu merupakan culture orang sana.

#4 Aktiviti Hobi

Foto – The Bangkok Post

Satu benda yang penulis perasan, orang Korea gemar melakukan aktiviti yang berkaitan dengan hobi mereka. Antaranya hadiri kelas baking, latte art, mengubah bunga, amal jariah dengan mengunjungi rumah orang-orang tua dan anak yatim serta pelbagai lagi. Dengan mengikuti akviti ini, mereka dapat menambah kenalan baru, dan berkongsi masalah dan pendapat.

#5 Berlibur

Foto – Living + Nomads

Sama ada dalam negara atau luar, cara ini dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi mereka. Selalunya kalau dalam negara, mereka gemar kunjungi taman rekreasi seperti di Banpo dan Sungai Han. Ada juga mengikuti rombongan mendaki bukit dan gunung. Paling jauh melancong ke Pulau Jeju dan Busan.

#6 Menonton Konsert

Foto – The Soul of Seoul

Lepaskan segala tekanan dengan pergi konsert, memang syok dan satu pengalaman yang menarik sekali. Punca konsert di Korea sering mendapat sambutan kerana orang Korea menggunakan cara ini menghilangkan tekanan. Sebab itulah, apa jua jenis konsert di Korea, pasti penuh oleh ramai orang. Berbanding kelab malam, mereka rasa tekanan lebih hilang dengan menonton nyanyian artis secara langsung.

#7 Bersenam

Foto – Lexis

Satu lagi cara mereka dengan menghadiri pusat kesihatan atau gimnasium untuk menghilangkan tekanan. Orang kata sambil menyelam minum air, amalan ini juga membantu orang Korea hidup sihat di samping mendapatkan bentuk badan ideal.

#8 Minum

Foto – Kpop Foods

Paling kerap dilakukan orang Korea adalah minum minuman keras. Kalau tidak ke bar atau tempat minum, ada orang Korea yang sanggup beli minuman keras dan minum di rumah sahaja. Mereka akan minum apa saja minuman keras supaya mereka boleh lupa seketika dari tekanan kehidupan.

Mana yang sesuai mungkin anda boleh ikut. Tapi serius kesemua cara mereka sangat cool dan fun.

RUJUKAN : 12