“Biasa kalau orang lelaki tengah marah apa yang wanita akan lakukan?”
Bergaduh adalah perkara biasa dalam perhubungan, adatlah ada pasang surutnya betul tak. Tapi bila pasangan kamu sedang naik angin, apa yang boleh kamu lakukan adakah berdiam diri dan biarkan diri dimarahi atau cuba melakukan sesuatu.
Jangan susah hati, biasalah kalau bergaduh mestilah ada orang yang mengalah dan memujuk betul tak. Kalau biasanya orang lelaki yang akan pujuk wanita bila marah, kini apabila orang lelaki pula yang marah kamulah harus memujuknya.
Ini yang kamu boleh lakukan jika orang lelaki sedang marah step by step!
#1 Beri Ruang Pada Si Dia
Biasa kalau orang lelaki sedang marah, apa yang kamu perlu lakukan adalah biarkan kemarahannya reda dahulu. Beri ruang pada si dia untuk tenangkan fikiran dan selepas kemarahannya reda,barulah kamu cuba memujuk.
#2 Cuba Berkomunikasi Secara Lembut
Selepas kemarahan si dia sudah mula reda, ambil peluang untuk cuba berkomunikasi secara lembut. Pandang mata si dia ketika berkomunikasi, dengar apa punca api kemarahannya dan bincang secara baik.
#3 Minta Maaf Jika Ianya Salah Kamu
Jika kamu penyebab dirinya mula naik angin, maka minta maaf kepada si dia dan jelaskan dulu perkara sebenar tanpa menyembunyikan apa-apa. Jika si dia marah disebabkan hal berkaitan keluarga atau kerja, maka cuba beri nasihat dan pandangan yang logik agar si dia boleh terima.
#4 Hiburkan Si Dia Dengan Berjalan-Jalan
Redakan kemarahan si dia dengan membawanya keluar berhibur dan bersantai. Dengan keluar berjalan-jalan berdua sedikit sebanyak dapat mengurangkan api kemarahan si dia. Inilah masanya untuk kamu guna trick yang ada untuk ceriakan hati si dia.
#5 Masak Makanan Kegemaran
Lembutkan api kemarahan si dia menerusi makanan kegemarannya, semarah mana pun si dia tapi bila depan makanan kegemaran redalah angin marahnya nanti. Jadi dengan memasak makanan kegemaran si dia adalah salah satu cara yang boleh kamu lakukan untuk sejukkan hati si dia tatkala sedang marah.
#6 Hantar Text Emoji Comel Sebelum Tidur
Selain itu, kamu juga boleh cuba menghantar mesej-mesej dengan pelbagai jenis ekspresi emoji yang comel-comel pada si dia setiap hari sebelum tidur untuk sejukkan hati si dia. Selalunya cara old school lebih berkesan dari cara yang terlalu over hingga membuatkan si dia makin marah kepada kamu.
#7 Pelukan & Ciuman Dapat Sejukan Hati Si Dia
Orang lelaki ini bila marah boleh tahan jugalah macam wanita, dalam situasi macam ini kamu boleh cuba sejukkan si dia dengan pelukan dan ciuman. Trick seperti ini boleh cairkan api amarah dan tenangkan diri si dia dengan pantas.
Ianya bergantung juga bagaimana kamu lakukan dan juga lihat adakah situasi tersebut membenarkan kamu untuk melakukan aksi tersebut.
Orang lelaki bila marah adakalanya menakutkan macam harimau, adakalanya seperti kanak-kanak yang perlu dipujuk. Justeru itu, kamu perlu bijak menangani amarah si dia dan cuba sejukkan api kemarahannya.
Tapi jika si dia memang jenis baran yang tak bertempat, buatlah macam mana pun dia tetap begitu juga, jadi dalam hubungan kamu juga harus bijak menilai adakah hubungan tersebut berbaloi untuk diteruskan atau sebaliknya.
Selamat beramal♥