Fesyen

5 Gaun Backless Paling Cantik Selebriti Hollywood Pernah Pakai

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
5 Gaun Backless Paling Cantik Selebriti Hollywood Pernah Pakai

Selebriti Hollywood sangat berani dalam memperagakan busana mereka terutama di acara karpet merah berprestig, dan antara busana yang dapat menarik perhatian orang ramai di majlis-majlis besar seperti ini semestinya gaun backless!

IKLAN

Ya, gaun seksi backless di bahagian belakang badan ini cukup mencuri perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Nak tahu siapa selebriti hot dan berani menggayakan busana backless di acara karpet merah, jom lihat di bawah.

#1 Katy Perry 

Katy Perry menggayakan gaun labuh backless berwarna nude dengan corak bermotifkan bunga-bungaan dengan rona warna kuning keemasan, semasa menghadiri acara Grammy Award pada tahun 2010. Memang anggun sekali gaun yang di pakai oleh Katy Perry ini.

Foto – Arkib Wanista

#2 Rihanna

Siapa yang tidak kenal dengan bintang popular Rihanna, yang cukup terkenal dengan fesyen yang daring tatkala menghadiri majlis acara karpet merah.

Semasa menghadiri Council  of Fashion Designers America Awards (CFDA) 2014, Rihanna mengenakan gaun labuh naked berwarna silver yang bertahtakan 216,000 batu kristal Swarovski.

Gaun jarang yang menampakkan bentuk tubuh Rihanna berserta potongan backless di bahagian belakang badan, membuatkan mata orang ramai tidak berhenti melirik pada gaun yang di pakai oleh Rihanna ini. Serius hot!

Foto – Arkib Wanista

#3 Beyonce

Salah seorang selebriti yang berani bereksperimen dalam berfesyen adalah Beyonce, dirinya kelihatan berkeyakinan dan anggun tatkala mengenakan gaun naked keemasan dengan potongan backless atau bare back di bahagian belakang badan semasa menghadiri Met Gala 2015. Serius gorgeous habis!

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

#4 Anne Hathaway

Aktres manis Anne Hathaway kelihatan mempersonakan semasa menghadiri Golden Globe Awards 2011, dengan memperagakan gaun backless berwarna bronze berkilat ini. Sumpah lawa gila Anne Hathaway pakai gaun labuh ini.

Foto – Arkib Wanista

#5 Taylor Swift

Teriang-iang suara merdu Taylor Swift saat menyanyikan lagu popular yang bertajuk ‘ME!’ pada tahun lepas, Taylor juga salah seorang selebriti yang berani dalam berfesyen.

Mengimbau kembali tatkala penyanyi popular ini menghadiri Country Music Association (CMA) Awards pada tahun 2013, Taylor tampil anggun dengan gaun kembang berwarna merah garang dengan potongan backless di bahagian belakang badan.

Cukup anggun dan versatil gaun yang digayakan oleh Taylor semasa menghadiri acara karpet merah berprestij tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Serius lawa dan cantik-cantik belaka gaun backless yang digayakan oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood ini. Antara gaun-gaun yang di pakai oleh selebriti Hollywood popular ini, yang mana satu menarik perhatian kamu?