Makanan

Bila Makanan Dihinggapi Lalat, Ini Benda Jijik Yang Berlaku

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Bila Makanan Dihinggapi Lalat, Ini Benda Jijik Yang Berlaku

“Alamak… macam mana nak makan, lalat dah hinggap. Kena buanglah macam ini.”

IKLAN

Penulis pasti setiap kali lalat hinggap di atas makanan, kita terus tak sambung makan kerana khuatir makanan sudah kotor.

Serius lalat adalah serangga yang sangat menjengkelkan. Bukan sahaja membuatkan persekitaran rumah menjadi kotor, tetapi juga membawa penyakit. Tahukah ada dakwaan mengatakan setiap kali lalat hinggap, ia akan berak serta muntah, betul ke?

Sebelum itu, lalat spesifik yang diperkatakan iaitu lalat rumah yang dikenali sebagai ‘Musca Domestica’. Lalat ini merupakan lalat yang paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90% daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan merupakan salah satu daripada serangga yang paling luas tersebar di seluruh dunia.

Jika kamu meninggalkan makanan sama ada yang sudah dimasak atau tidak, pasti akan dihinggapi serangga perosak ini. Bukan setakat makanan saja, ia juga akan menghinggap pada kamu.

Muntah atas makanan

Foto – Ommph

Ini yang perlu kamu tahu, lalat makan dengan menyedut cecair melalui mulut tubularnya. Bentuk mulut lalat menyebabkan mengapa ia harus mengubah makanan menjadi cecair. Lalat mengunyah makanan dengan air liur sendiri, yang boleh mengandungi apa-apa yang pernah dimakan sebelum ini. Contoh seperti daging busuk atau najis, yang kita sendiri tidak tahu.

Boleh bertelur

IKLAN
Foto – Twitter

Sisa-sisa makanan yang kamu simpan boleh menjadi sarang telur yang sempurna. Dan setelah beberapa waktu berlalu, ia akan tumbuh menjadi lalat bayi (belatung atau larva) yang dapat meracuni kamu dengan bakteria. Ingatlah untuk menutup makanan jika kamu akan membiarkannya.

Kaki dan sayap dapat mengubah makanan menjadi sarang bakteria

Foto – Wikipedia

Kita sudah tahu bahawa pepijat ini dipenuhi dengan bakteria di dalamnya. Tetapi tahukah kamu bahawa bilangan mikroba tertinggi terdapat di bahagian luar badan? Universiti Teknologi Nanyang melaporkan, setiap langkah lalat telah meninggalkan jejak, itu bermaksud apa sahaja yang disentuh boleh dijangkiti dengan serius.

Boleh membawa lebih daripada 60 penyakit

Foto – Rasa

Lalat rumah dapat menyebarkan sekurang-kurangnya 65 penyakit yang berbeza kepada manusia hanya dengan merangkak melalui sampah dan makanan. Itu termasuk cirit-birit, kusta, dysentery, dan mungkin cholera. Dan bukan hanya manusia yang menderita, lalat juga dapat menjangkiti haiwan lain seperti ayam atau babi.

Ingat, seekor lalat boleh membawa lebih sejuta penyakit yang memudaratkan. Jadi, sentiasa menjaga kebersihan diri dan sekeliling.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123