Kecantikan

Wanita Kulit Glowing Guna Darah Haid Sebagai Face Mask

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Wanita Kulit Glowing Guna Darah Haid Sebagai Face Mask

Menggunakan darah haid sebagai face mask, Mary Miranda menyatakan face mask ini meninggalkan kesan glowing dan parut yang berkurangan pada kulitnya. Mary yang berasal daripada Amerika Syarikat, menggunakan darah haid sebagai bahan untuk melukis, menyiram tanaman dan juga bahan kecantikkan.

IKLAN

Pada usianya 12 tahun, dia mengalami haid pada pertama kali telah melalui senggugut yang teruk, haid yang tidak teratur dan banyak dari usia remaja sehingga 20-an. Merasakan dirinya tidak normal, haid Mary akan berlanjutan sehingga 8 hari. Haid yang tidak teratur menyebabkannya hanya mengalami haid sebanyak tiga atau empat kali setahun.

Foto – Arkib Wanista

“Pada pandangan saya, reaksi masyarakat mempengaruhi perasaan dan tindakan wanita ketika datang haid. Dengan mengatakan perkataan haid, wanita akan berasa malu dan jijik untuk dibicarakan kerana ia adalah pantang larang dan tidak boleh dibicarakan secara public. Tetapi terdapat juga sebilangan lelaki mengatakan bahawa ‘wanita akan menjadi gila semasa datang haid,’ ‘wanita akan menjadi jengkel ketika datang haid,’ atau ‘haid itu menjijikkan’.” kata Mary.

Foto – Arkib Wanista

Pada tahun 2006, Mary telah didiagnos ovarian cyst setelah pengsan sebanyak 5 kali dan menyebabkan ovari kanannya terpaksa dibedah melalui pembedahan salpingo-oophorectomy.

(Nota: Salpingo-oophorectomy adalah pembedahan yang membuang ovari dan tiub fallopio.)

Pada mulanya, Mary hanya menganggap perkara ini sebagai masalah pencernaan tetapi setelah menjalani pembedahan, dia dinasihati untuk terus mengambil pil kawalan kelahiran bagi mengelakkan perkara yang sama terjadi kepada ovari kirinya.

Mary berhenti mengambil ubat tersebut untuk mengelakkan daripada memasukkan hormon sintetik pada 2008. Selepas daripada itu, dia mendapat simpton yang sama dan kesan sampingan seperti muntah, tekanan darah rendah dan berpeluh secara banyak.

Foto – Unilad

Fibroid bersaiz 3 1/2 inch membuatkan perutnya kelihatan buncit dan ovari kirinya mempunyai cyst pada akhir Disember 2017. Pada Februari 2018, dia telah menjalani pembedahan untuk membuang kedua-dua fibroid di rahin dan ovari kirinya dengan harapan dapat menyelamatkan sistem pembiakannya.

Risau jika terpaksa menjalani hysterectomy jika perkara yang sama berulang, Mary mula mencari kaedah holistik untuk menjaga sistem pembiakkannya.

IKLAN

(Nota: Hysterectomy ialah pembedahan membuang rahim.)

Hasilnya Mary telah menjumpai Moon Blood Ritual iaitu perlakuan menhargai, menyambut dan menghormati haid.

Foto – Arkib Wanista

“Saya berjanji untuk menghormati dan menyembah rahim dan haid pada setiap bulan sekiranya mereka dapat diselamatkan dan saya menantikan perkara itu setiap bulan. Sekarang adalah waktu untuk meraikannya dan saya juga mahu wanita lain mengalami benda ini.

Foto – Arkib Wanista

Saya telah melihat seorang wanita telah mendapat kata-kata kebencian dan negatif selepas posting di Period Blood Facial, saya telah merasakan saya juga perlu berkongsi tentang ini,” kata Mary. Setiap bulan, Mary akan menggunakan darah haidnya sebagai facial selama 30 minit.

Foto – Arkib Wanista

Mary menyatakan dia takut keluarganya akan membuangnya atau dihina oleh masyarakat sekeliling jika mereka tidak tahu tentang ceritanya.

“Darah haid ini bersifat menyembuhkan, mempunyai anti radang dan penuh dengan nutrisi dan mineral seperti zink, copper, magnesium, kalsium, sodium, iron, nitrogen, phosphoris dan potassium.

Kulit saya sentiasa berasa lembut, lebih berkhasiat dan ‘glow’. Saya merasakan darah haid tersebut telah membantu kulit saya daripada mempunyai parut jerawat dan pigmentasi,” ujar Mary.

Foto – Arkib Wanista

Bagi Mary, dia merasakan bahawa dengan berkongsi dia dapat membantu wanita yang mempunyai pengalaman sepertinya kerana ketika datang haid, ia cenderung lebih menyakitkan dan akhirnya mendapat hysterectomies.

Ritual holistik ini membantu dirinya untuk memperbaiki dan menyembuhkan masalah kesihatan pembiakannya.

Foto – Arkib Wanista

Dengan melihat ke hadapan, Mary mempunyai keinginan untuk menolong wanita lain mengatasi stigma terhadap kitaran haid dengan memandang kitaran itu sebagai ‘suci, cantik, kekuatan dan sebahagian daripada kewanitaan’.

RUJUKAN: 1