Kecantikan

Jom Jadi Cantik Dengan Mekap Ala Kate Middleton

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Jom Jadi Cantik Dengan Mekap Ala Kate Middleton

The Duchess of Cambridge, iaitu Kate Middleton sentiasa tampil menawan dengan senyuman dan setiap gambar yang ditangkap oleh photographer, hasilnya tidak akan mengecewakan.

IKLAN

Kate yang sering muncul dengan pakaian dan gaya rambut baharu serta perhiasan yang minimal sentiasa menyerlahkan kecantikkannya. Tetapi hanya ada satu aspek penampilannya yang tidak pernah berubah iaitu solekkannya.

Jika anda peminat Kate, anda boleh mencuba gaya solekan beliau!

#1 FOUNDATION 

Foto – Arkib Wanista

Kate sentiasa memilih foundation yang dewy atau matte untuk mengelakkan hasil gambarnya menjadi terlampau berkilat pada bahagian muka. Anda hanya perlu memilih foundation yang mempunyai kod warna seakan dengan kulit wajah anda.

(Nota: Cara terbaik untuk mencari kod warna foundation ialah mengenakan sedikit foundation pada garis rahang anda pada waktu siang untuk memastikannya sesuai dengan wajah dan leher.)

#2 BLUSHER 

Foto – Arkib Wanista

Dengan memakai blusher, ia sebenarnya menonjolkan tulang pipi Kate dan memberikan kesan sentuhan yang cantik. Jika anda ingin memakai blusher, anda boleh memakainya di apples of cheeks sebelum menyapu lembut sepanjang tulang pipi sehingga ke telinga.

Kate sentiasa menggunakan warna peachy untuk blusher beliau iaitu dengan menonjolkan warna merah dan oren yang lembut yang memberikan hasil fresh kepada wajah.

IKLAN

(Nota: Anda boleh melihat apples cheeks apabila anda senyum.)

#3 MATA

Foto – Pinterest

Untuk mendapatkan solekan mata seperti Kate, anda perlu menggunakan base eyeshadow yang neutral pada keseluruhan lid mata sehingga ke kening. Seterusnya, penggunaan eyeshadow warna coklat atau taupe menggunakan berus dan menyapunya pada lipatan mata. Anda perlu mengadunkan warna tersebut.

Untuk eyeliner pula, anda boleh menggunakan warna soft-grey atau grey untuk diaplikasikan pada upper lashes dan lower lashes.

Foto – Arkib Wanista

#4 BIBIR

Foto – Arkib Wanista

Bagi solekan pada bibir, Kate memilih warna yang semula jadi untuk mengelakkan daripada menggunakan warna-warna yang terang dan garang. Untuk menampakkan bibir anda sihat, anda juga boleh menggunakan lip gloss untuk hasil bibir yang cantik dan sihat.

Mudahkan untuk mendapatkan hasil mekap seperti Kate Middleton. Dengan hasil mekap ini, anda boleh menggayakannya ketika ingin menggunakan makeup yang minimalis. Mekap seperti Kate ini boleh disesuaikan di pelbagai majlis.

Selamat mencuba!

RUJUKAN : 1, 2