Kesihatan

5 Cara Mujarab Menghilangkan Perut Buncit

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
5 Cara Mujarab Menghilangkan Perut Buncit

Perut merupakan bahagian badan yang mudah mengembang dan berlemak. Walaupun begitu, tak semua orang yang mempunyai perut buncit itu disebabkan oleh obesiti atau berat badan berlebihan.

IKLAN

Mempunyai perut buncit semestinya akan menjejaskan penampilan seseorang itu menjadi kurang menarik. Tetapi tahukah anda apakah faktor terjadinya perut buncit?

FAKTOR

#1 JARANG BERSUKAN

Foto – Standford Medicine

Kurang bersukan atau jarang memang mudah untuk lemak berkumpul pada perut kerana otot pada bahagian perut jarang digunakan. Disebabkan kurang penggunaan otot pada bahagian ini, pembakaran lemak dan kalori juga sangat perlahan atau kurang berlaku.

#2 PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Foto – U-Select-It

Makanan ringan merupakan antara salah satu faktor yang sering menyebabkan perut buncit. Kandungan yang terdapat dalam makanan ringan seperti perasa makanan berlebihan akan membuatkan individu yang mengambilnya tanpa berhenti. Perasa makanan kimia yang terdapat di dalam makanan ringan tidak akan dapat dicerna secara baik oleh sistem pencernaan.

#3 MAKAN SEBELUM TIDUR

Foto – New York Post

Jika anda berasa lapar semasa tidur, sebenarnya badan anda sedang membakar sebahagian lemak di dalam badan anda. Tetapi sekiranya perut anda kenyang semasa anda tidur, pembakaran lemak tidak akan berlaku secara efisien dan kesannya akan menyebabkan timbunan lemak di bahagian perut anda semakin bertambah.

(Nota: Jadikan kebiasaan anda mengambil makanan pada 2 hingga 3 jam sebelum tidur.)

IKLAN

#4 KURANG TIDUR

Foto – New York Post

Waktu ideal bagi orang dewasa mendapatkan waktu tidur adalah dari 7 jam sehingga 8 jam pada setiap malam. Jika anda tidur kurang daripada waktu ideal itu, hormon stress akan meningkatkan dan menyebabkan anda mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi untuk menggantikan tenaga kerana kurang tidur.

(Nota: Keseimbangan waktu tidur pada setiap hari dapat mengurangkan hormon stress dan nafsu makan.)

#5 ALKOHOL

Foto – Basic Fit

Pengambilan alkohol secara berlebihan bukan sahaja memabukkan tetapi ia juga mengganggu kesihatan selain penyebab perut buncit. Kandungan gula dan kalori yang sangat banyak dan berlebihan dalam alkohol tidak sesuai dengan tubuh kita. Selain daripada itu, kepelbagaian jenis penyakit juga mudah didapati akibat pengambilan alkohol.

CARA MENGECILKAN PERUT BUNCIT

#1 SENAMAN KARDIO

Foto – Men’s Health

Senaman kardio adalah satu senaman yang menguji dan memperbaiki stamina kita apabila sesuatu perbuatan itu diulang secara kerap dalam sesuatu tempoh masa tertentu. Dengan melakukan senaman kardio, otot-otot di badan kita akan mula bergerak bagi mengeluarkan peluh dan membakar lemak.

#2 YOGA

Foto – Everyday Health

Yoga mampu menggerakkan kebanyakkan bahagian otot secara keseluruhan pada masa yang sama selain mampu menggerakkan otot perut dan membantu dalam pembakaran lemak secara maksimum.

Di India, yoga sangat membantu dalam menghilangkan gas-gas yang berlebihan di perut serta melancarkan pencernaan dan menghilangkan lipatan di perut akibat buncit.

#3 SIT UP DAN PUSH UP

Foto – Arkib Wanista

Membuat sit up dan push up pada waktu pagi dapat mengawal nafsu makan anda. Untuk mendapatkan kesan dalam masa yang singkat, sit up dan push up ini merupakan aktiviti yang terbaik dan sangat efisien bagi setiap individu yang melakukannya.

(Nota: Lakukan sebanyak 10 kali bagi sit up dan push up pada setiap hari.)

#4 TEH HIJAU

Foto – Teafloor

Teh hijau sangat efektif dalam menurunkan berat badan dan mengecilkan perut. Jika anda minum teh hijau sebelum makan dan mengambilnya tanpa gula, ia akan membuatkan perut anda terasa lebih kenyang ketika makan dan semestinya mengurangkan portion makanan anda.

Selain daripada membantu mengurangkan perut buncit, teh hijau jugak berperanan dalam mencegah kanser kerana kaya dengan anti oksiden.

#5 MADU DAN HALIA

Foto – Flavour Pourfection

Antara khasiat madu adalah mencegah dan mengubati penyakit. Tetapi madu juga boleh digunakan dalam mengurangkan perut buncit. Zat yang terkandung dalam madu iaitu fructose dapat membakar lemak badan secara tidak langsung.

Halia mampu mengawal nafsu makanan selain membantu badan mengeluarkan angin berlebihan.

Anda boleh mencampurkan 3 sudu makan madu dan sedikit halia ke dalam satu gelas air panas. Anda juga boleh mengambilnya sebanyak 2 kali sehari.

Foto – Love To Know

Bagi anda yang mempunyai masalah dalam mengecilkan perut buncit, anda perlu melihat jenis makanan dan waktu pemakanan anda. Jika anda menginginkan kesan yang cepat dan efektif, melakukan senaman sebagai rutin harian dapat membantu anda mengurangkan nafsu makan dan menjaga bentuk badan.

RUJUKAN: 1, 2