Kecantikan

5 Cara Miliki Rosy Cheeks Idaman Secara Semula Jadi

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
5 Cara Miliki Rosy Cheeks Idaman Secara Semula Jadi

Pernah tak lihat wajah wanita miliki pipi kemerah-merahan, pasti cemburu melihat wajah manis dengan pipi kemerah-merahan begitu. Macam mana nak dapatkan pipi kemerah-merahan secara semula jadi tanpa memerlukan bantu mekap?

IKLAN

Kebanyakkan wanita menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan rosy cheek menerusi mekap dan juga suntikan kosmetik.

Tahu tak sebenarnya bukan sukar untuk miliki pipi kemerahan yang sihat seperti itu, nak tahu bagaimana caranya jom lihat di bawah.

#1 Urut Wajah Lancarkan Perjalanan Darah

Mahu pipi sihat dengan kemerah-merahan, caranya adalah dengan mengurut muka mengikut arah jam perlahan-lahan di pipi. Dengan melakukan urutan muka setiap hari, ia akan membuatkan perjalanan darah di muka menjadi teratur dan lancar.

Sekaligus, membuatkan permukaan kulit muka menjadi kemerahan dek kerana perjalanan darah yang lancar selepas urutan muka.

Foto – Arkib Wanista

#2 Skrub Wajah Untuk Dapatkan Rosy Cheek

Buang sel kulit mati di muka dengan menggunakan skrub dari bahan semula jadi seperti hampas kopi, skrub beras, madu, susu dan oat. Dengan menggunakan skrub kamu dapat menanggalkan sel kulit mati dan habuk dari menutupi warna semula jadi kulit kamu.

Guna skrub dua atau tiga kali seminggu untuk dapatkan wajah dan pipi kemerah-merahan!

Foto – Women’s Health

#3 Cuci Wajah Guna Air Hangat

Tahu tak mencuci muka menggunakan air panas atau hangat boleh membantu kamu miliki pipi yang kemerahan. Selain itu, membasuh muka menggunakan air panas juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah pipi dan keseluruhan muka dengan mudah.

IKLAN
Foto – Logical Baat

#4 Wajah Sihat Dengan Bersenam

Nak miliki pipi warna kemerahan dan sihat, kenalah rajin bersenam juga. Dengan bersenam, tubuh badan dan wajah akan menjadi sihat serta dengan bersenam juga dapat merangsang perjalanan darah keseluruh tubuh badan yang mengandungi oksigen dan nutrisi.

Foto – Arkib Wanista

#5 Amalkan Pemakanan Sihat Dan Seimbang

Banyakkan memakan makanan yang kaya dengan carotenoids (sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna seperti oren, kuning, dan merah) dapat membuatkan pipi mendapat warna pigmentasi kulit semula jadi.

Oleh banyakkan makan sayur-sayuran berwarna seperti lobak merah, tomato, capsicums, buah peach, tembikai susu dan juga banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C dan E untuk mendapatkan pipi kemerah-merahan.

Foto – Everyday Health

Hati-Hati Jangan Sampai Kena Rosacea!

Jangan kerana ingin dapatkan rosy cheeks, kamu mengalami masalah kulit dikenali rosacea pula. Masalah kulit rosacea ini boleh berlaku kerana terkena radiasi ultraviolet pada kulit muka. Biasanya masalah kulit rosacea ini boleh berlaku pada antara umur 30 tahun hingga 50 tahun.

Menurut dermatologis, rosacea ini merupakan masalah kulit yang sering berlaku dan ia sering terjadi pada wanita yang memiliki kulit cerah.

Foto – Arkib Wanista

Cara untuk merawat masalah rosacea ini bergantung pada simptom individu dan setiap simptom memerlukan rawatan dan pemantauan doktor. 

Jika kamu miliki kulit pipi yang kemerahan dengan selingan rasa iritasi atau mengalami breakout teruk pada muka, kamu mungkin miliki masalah kulit rosacea. Jika ini berlaku, kamu perlu mendapatkan rawatan doktor segera dan jangan dibiarkan pula kerana ingin kelihatan memiliki rosy cheeks.

Bagi yang ingin mendapatkan pipi kemerah-merahan secara semula jadi, kamu boleh cuba cara di atas tapi dalam masa yang sama juga kamu harus beri perhatian pada kesihatan dan jenis kulit kamu, risau pula nanti tak pasal-pasal kamu mengalami masalah kulit rosacea pula nanti.

Rujukan: 1