Kesihatan

Aduh Kenapa Tapak Tangan Saya Kerap Berpeluh?

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Aduh Kenapa Tapak Tangan Saya Kerap Berpeluh?

“Aduh kenapa tapak tangan saya kerap berpeluh?” 

IKLAN

“Nak bersalam dengan orang pun rasa tak yakin… hurmmm.”

Adakah anda pernah dibayangi oleh ketakutan ketika ingin berjabat tangan atau bersalaman hanya kerana tapak tangan yang berpeluh?

Selain memalukan, tapak tangan yang berpeluh sangat mengganggu kehidupan sosial atau profesional seseorang.

Agaknya apa penyebab kepada tapak tangan berpeluh?

Sebilangan besar orang mengalami tapak tangan basah dan berpeluh dalam keadaan tertentu, seperti kegelisahan, tekanan, cuaca panas, setelah melakukan aktiviti fizikal yang berat, makan makanan pedas, bahkan boleh jadi menonton filem seram atau bermain game.

Normal ke?

Menurut Dr. Ernest Wang, dari Jabatan Bedah Saraf, Institut Neurosains Nasional Singapura, contoh aktiviti tersebut meningkatkan tahap tekanan sehingga meningkatkan suhu badan.

“Ini menjadikan kalenjar peluh melepaskan panas di dalam badan melalui peluh, salah satunya di telapak tangan.”

Peluh yang muncul di tapak tangan sebenarnya keadaan normal. Namun bagi sesetengah orang, peluh yang muncul boleh jadi banyak, sehingga menyebabkan tangan basah, bahkan muncul secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

IKLAN
Foto – bartonhillsaesthetics.co.uk

Dari segi perubatan, sindrom tapak tangan berpeluh yang berlebihan disebut palmar hyperhidrosis. Merujuk kepada Journal of Vascular Surgery pada bulan Februari 2002, palmar hyperhidrosis dipengaruhi oleh faktor genetik.

Sebanyak dua pertiga atau 65% daripada 49 sampel pesakit mempunyai sejarah keluarga dari kes yang sama. Tidak hairanlah jika seseorang yang menghidapi tapak tangan basah, mungkin ada saudara terdekat yang mempunyai masalah serupa.

Palmar Hyperhidrosis mempunyai tahap parah yang berbeza. Pada tahap ringan, kesannya hanyalah ketidakselesaan atau rasa malu. Keadaan teruk pula boleh mengurangkan kualiti hidup seseorang, seperti mengganggu hubungan romantis, merumitkan interaksi sosial atau urusan perniagaan, dan apa sahaja yang memerlukan berjabat tangan.

Ramai orang yang mengalami palmar hyperhidrosis tidak mendapatkan bantuan perubatan kerana dianggap aib atau bukan masalah perubatan yang perlu ditangani.

Jadi macam mana nak tangani tapak tangan berpeluh?

Minum banyak air

Anda boleh menjelaskan peluh berlebihan dengan memastikan badan sentiasa terhidrat dengan minum banyak air. Minum banyak air sebenarnya membantu menurunkan suhu badan dan menenangkan saraf. 

Selain itu, minum banyak air sebenarnya dapat menghindarkan anda dari keinginan makan makanan ringan yang masin atau pedas yang menjadi penyebab pengekalan air dan hyperhidrosis.

Foto – Healthline

(Nota: Pengekalan air, juga dikenali sebagai pengekalan cecair atau edema, merujuk kepada penghasilan cecair di dalam sistem peredaran darah, tisu badan, atau rongga badan yang berlebihan)

(Nota: Hyperhidrosis atau berpeluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh melebihi keperluan normal badan)

Rajin cuci tangan

Mencuci tangan dengan kerap sangat bagus. Tapi elak menggunakan sabun secara berlebihan, kerana sabun boleh mengeringkan kulit dan merangsang kulit agar berpeluh lebih banyak.

Foto – www.smithsonianmag.com

Pastikan keringkan tangan anda dengan tuala untuk menghilangkan kelembapan berlebihan pada permukaan kulit. Walaupun hanya memberi kesan seketika, kaedah ini membantu menghilangkan peluh tangan dengan cepat.

Bedak bayi

Pakai bedak bayi. Mengurangkan peluh dengan serbuk tidak hanya berlaku pada bayi. Manfaat bedak bayi yang dapat menyerap basah juga berkesan untuk tapak tangan berpeluh.

Foto – www.begadistrictnews.com.au

Selain menyerap cecair, aroma bedak bayi juga dapat mengurangkan bau yang dihasilkan oleh peluh. Setiap kali tapak tangan anda basah, taburkan sedikit bedak bayi dan ratakan.

Antiperspirant

Antiperspirant adalah bahan kimia yang sering dijumpai sebagai campuran deodoran. Selain mengurangkan kelembapan ketiak, antiperspirant juga dapat digunakan untuk mengurangkan tangan yang berpeluh atau basah.

Foto – Treat

Bahan yang terkandung dalam antiperspirant dapat menyumbat kelenjar peluh sehingga menekan pengeluaran peluh buat sementara waktu. Jadi, bahan ini boleh digunakan di kawasan lain di badan, termasuk tangan.

Tisu basah

Selain antiperspirant, tisu yang mengandungi alkohol juga boleh menjadi alternatif untuk mengatasi tangan yang berpeluh. Kandungan alkohol dalam tisu basah membantu mengecilkan pori dan menekan pengeluaran peluh. Kaedah ini paling praktikal apabila keadaan tangan basah pada saat-saat mendesak dan genting.

Foto – Beelnn

Sebenarnya ada banyak lagi penyelesaian dalam mengatasi tapak tangan berpeluh. Tapi jika makin melarat, disaran membuat temu janji dengan doktor pakar untuk rujukan lanjut.

Selamat Beramal.

RUJUKAN : 123