Untuk jadi cantik tidak bermakna kita memerlukan kos yang tinggi. Produk drugstore kini setanding dengan produk mahal. Bagi wanita yang mempunyai bajet yang terhad, kini tidak lagi perlu risau kerana produk di drugstore hampir mempunyai kualiti seperti produk high end.
Jadi, ada 8 jenis barangan drugstore yang anda perlu cuba!
#1 MAYBELLINE BABY SKIN PORE SMOOTH
Berharga kurang daripada RM40, primer ini berfungsi dengan bagus dalam mengaburkan pores anda dan membantu mendapatkan hasil akhir yang flawless.
Diformulakan seperti gel silikon, primer ini dapat memastikan solekan anda kekal sepanjang hari.
#2 CATRICE HD LIQUID COVERAGE FOUNDATION
Foundation ini tidak meninggalkan kesan cakey selepas menggunakannya. Koleksi warna foundation ini terhad kepada 4 pilihan sahaja. Produk ini hanya boleh didapati di Guardian seluruh negara.
Coverage: High sehingga full coverage.
#3 MAYBELLINE INSTANT AGE REWIND CONCEALER
Penggunaan span pada hujung sebagai applicator memberikan keselesaan ketika anda menggunakannya. Concealer ini dapat menutup lingkaran hitam pada mata anda seperti produk high end yang lain.
Coverage: Medium kepada full coverage
#4 ESSENCE MATTFYING COMPACT POWDER
Jika anda mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, compact powder ini adalah pilihan anda. Anda boleh mengenakan compact powder ini untuk setting selepas mengenakan foundation. Berpatutan dengan harganya yang murah, anda boleh mendapatkan produk ini di Watsons.
Coverage: Medium coverage
#5 ESSENCE I LOVE EXTREME CRAZY VOLUME
Maskara ini memberikan kesan bulu mata palsu yang tidak dapat dilakukan oleh banyak produk maskara yang lain. Maskara ini tidak boleh digunakan ketika anda tergesa-gesa kerana teksturnya tebal dan boleh merosakkan solekan anda.
#6 PALLADIO MATTE BLUSH
Blusher ini merupakan produk yang pigmented dan terbaik. Setanding dengan produk high end, anda boleh mendapatkan blusher ini dengan harga bawah daripada RM30.
#7 SILYGIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM
Lip cream yang tahan lama dan tidak kering ini, anda boleh mendapatkannya pada harga kurang daripada RM30. Didatangkan dalam 5 jenis warna, ramai wanita mengambil peluang ini untuk mencubanya.
Bagi wanita yang ingin cantik tetapi anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh membeli produk-produk ini di drugstore. Elakkan daripada membeli produk makeup yang murah dan tidak diyakini.