Naya Rivera, 33 tahun telah hilang dan diisytiharkan kematiannya menurut pihak berkuasa di sebuah tasik California Selatan, Tasik Puru. Kenyataan itu disahkan oleh pihak berkuasa setelah menemui anak lelakinya, Josey yang berumur 4 tahun di bot yang disewa olehnya.
Siapa Naya Rivera?
Rivera dilahirkan dan dibesarkan di Santa Clarita, California telah memasuki bidang ini ketika masih kecil, dengan memainkan watak dalam The Royal Family pada umur 4 tahun. Pada tahun 90-an Rivera memainkan watak yang membawa peranan kecil seperti The Fresh Prince of Bel-Air dan Family Matters.
Pada kemuncak di sepanjang kerjayanya, wataknya sebagai Santana Lopez dalam Glee tidak dilupakan apabila dia merupakan seorang penyanyi balada apabila dia menyanyikan lagu “Songbird” oleh Fleetwood Mac, “Don’t Rain On My Parade” oleh Barbara Streisand dan “Someone Like You” oleh Adele.
Memainkan watak Santana Lopez iaitu seorang cheerleader. Rivera mendapat tawaran untuk menjadi watak utama pada musim seterusnya apabila dia bergelut untuk menjadi lesbian secara tertutup dan mula menaruh perasaan terhadap kawan baiknya, Brittany (Heather Morris). Dia kemudiannya dijadikan sebagai ikom LGBTQ di mana hubungan itu jarang ditayangkan di televisyen.
Naya Rivera juga pernah berkahwin dengan Ryan Dorsey dan mempunyai seorang anak lelaki, Josey. Pada tahun 2018, mereka telah bercerai dan mempunyai hak jagaan bersama.
Bagaimana tragedi terjadi?
Rivera yang membawa Josey ketika menyewa sebuah bot di Los Padres National Forest dan masa yang diperuntukkan untuk sewaan sebuah bot adalah 3 jam tetapi tidak kembali selepas itu. Apabila pekerja mula mencarinya, mereka melihat bot tersebut hanyut tanpa pengawasan.
Ditemui Josey yang tertidur di dalam bot itu, dia memberitahu penyiasat bahawa ibunya telah berenang di tasik bersamanya. Ketika dia berenang kembali ke bot mereka, Josey menyatakan ibunya tidak bersamanya dan penyiasat menjumpai life vest bersaiz dewasa di bot mereka.
Pihak berkuasa telah menutup secara keseluruhan kawasan tasik tersebut bagi melakukan pencarian Rivera.
The missing person at Lake Puru has been identified as Naya Rivera, 33, of Los Angeles. SAR operation will continue at first light. @VCAirUnit @fillmoresheriff @Cal_OES pic.twitter.com/bC3qaZS3Ra
— Ventura County Sheriff (@VENTURASHERIFF) July 9, 2020
Pihak berkuasa mengatakan bahawa pihaknya akan meneruskan pencarian terhadap Rivera pada hari Jumaat, 10 Julai dengan pasukan yang terdiri daripada 100 orang anggota iaitu termasuk pasukan menyelam dan pengendali helikopter.
We have mutual aid for specialized dive teams en route from Los Angeles County, San Luis Obispo County, and Tulare County. We will keep you posted with any updates as we learn them. Our hearts and prayers go out the all of the family and friends of the Rivera family. #sheriffvc pic.twitter.com/ukmr48HXow
— Ventura County Sheriff (@VENTURASHERIFF) July 9, 2020
“Apabila pencarian melibatkan kawasan laut dan bawah laut, pencariannya sangat terhad dan proses ini akan mengambil masa yang lama,” kata Sarjan Kevin Doboghue dalam satu sidang media pada hari Khamis. Beliau juga menyatakan bahawa pokok dan akarnya boleh menjadi salah satu sebab mangsa boleh terjerat di dalam air.
Disebabkan oleh berita tentang kehilangan Rivera, kebanyakkan rakan-rakan artis telah memuat naik posting mengenai rasa sedih dan tidak percaya mereka terhadap berita yang diterima.
The story about @NayaRivera is the most horrifying thing I have read about in a while. My heart goes out to her family. What a terrible trauma….
— Bethenny Frankel (@Bethenny) July 9, 2020
Praying.
— Harry Shum Jr (@HarryShumJr) July 9, 2020
Prayers up for the lovely Naya Rivera. 🙏🙏
We starred alongside one another in her first very television series, The Royal Family, and I’ve watched her career blossom ever since. Please God, don’t cut this life short. pic.twitter.com/8fRDuuh3oK
— Jackée Harry (@JackeeHarry) July 9, 2020
Beberapa hari sebelum ke Tasik Puru, Rivera telah berkongsi beberapa gambarnya bersama Josey serta mesej yang memberi inspirasi dalam menikmati kehidupan.
no matter the year, circumstance, or strifes everyday you're alive is a blessing. make the most of today and every day you are given. tomorrow is not promised pic.twitter.com/O4t7wdqA4k
— Naya Rivera (@NayaRivera) July 2, 2020
https://twitter.com/NayaRivera/status/1280626721146826752?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Etweet