Fesyen

Paling Mahal, Jam Grandmaster Patek Philippe Di Jual RM213.8 Juta

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Paling Mahal, Jam Grandmaster Patek Philippe Di Jual RM213.8 Juta

Jenama jam tangan terkemuka dunia Patek Philippe telah menjual salah satu koleksi jam tangan yang paling rumit di dunia, iaitu koleksi The Grandmaster Chime 5175R – 001 dengan harga USD$50 juta atau RM213.8 juta.

IKLAN

Koleksi jam tangan The Grandmaster Chime 5175R ini hanya tujuh jam sahaja dihasilkan di dunia, dan ini makna hanya tujuh orang sahaja boleh miliki jam eksklusif Patek Philippe Grandmaster Chime ini.

Grandmaster Chime RM213.8 Juta

Menurut laporan yang dipetik dari Lad Bible, jam yang dikeluarkan pada tahun 2014 ini sebenarnya dijual pada USD$2.7 juta atau RM11.5 juta. Kini selepas enam tahun berlalu harga jam tangan koleksi Grandmaster Chime ini naik dengan mendadak.

Oleh kerana jam Grandmaster Chime yang dikeluarkan amat terhad, menjadikan ia antara koleksi jam tangan yang menarik perhatian golongan elit dunia.

7 Orang Yang Bertuah

Foto – Arkib Wanista

Jam tangan ini dihasilkan sempena menyambut ulang tahun Patek Philippe yang ke-175, penghasilan yang sangat rumit ini dihasilkan untuk tujuh orang yang bertuah dan mampu milikinya.

Golongan sosialit atau elit yang mampu mendapatkan jam tangan ini, pastinya akan membuatkan orang lain cemburu pada mereka.

Rekaan Rumit Dengan 20 Fungsi 

Jam tangan ini mempunyai 1366 pergerakan dengan 214 bahagian yang rumit dan hasilnya terdapat 20 fungsi pada jam Grandmaster Chime ini.

Ini 20 fungsi koleksi jam tangan Grandmaster Chime 5175R yang eksklusif di dunia.

  • Grande sonnerie
  • Petite sonnerie
  • Minute Repeater
  • Strikework mode display (Silence/Grand Sonnerie/Petite Sonnerie)
  • Alarm with time strike
  • Perpetual date repeater
  • Movement power-reserve indicator
  • Strikework power-reserve indicator
  • Strikework isolator display (On/Off)
  • Second time zone
  • Second time zone day/night indicator
  • Instantaneous perpetual calender
  • Day of week
  • Month
  • Date (on both dials)
  • Leap year cycle
  • Four-digit year display
  • Moon phases
  • 24 hours and minutes
  • Crown position indicator RAH (Remontage[winding] / Alarm [alarm] / mise a I’Heure [timesetting])

Jam Tangan Grandmaster Chime Dengan Dua Muka

Jam tangan koleksi Grandmaster Chime ini merupakan hasil rekaan pertama Patek Philippe dalam menghasilkan jam tangan dua muka atau double-face wristwatch. Mekanisma yang rumit dan eksklusif ini menjadikan jam tangan ini diminati ramai, meski harganya tinggi menggunung.

Foto – Arkib Wanista

 

Sudahlah harga tinggi melambung RM213.8 juta, boleh beli berpuluh-puluh rumah banglo mewah dengan harga itu. Siapalah yang bertuah miliki jam tangan termahal dunia ini kan.

Rujukan: 1, 2,