Wanita pada zaman moden ini rata-rata mempunyai kerjaya mereka tersendiri dalam bidang yang menjadi pilihan mereka dan pelbagai tugas perlu dilakukan seperti menguruskan rumah, anak-anak, kerjaya dan di samping ini, mempunyai kesempatan untuk memberikan ruang kepada diri anda sendiri.
Disebabkan kesibukkan anda, telefon pintar anda boleh menjadi pembantu peribadi dalam membantu kehidupan anda menjadi lebih mudah.
Jadi, menurut Wanista ini adalah 10 aplikasi yang perlu ada pada setiap wanita.
#1 COZI – ANDROID & iOS
Aplikasi ini merupakan yang terbaik untuk para wanita yang bergelar ibu. Aplikasi yang percuma ini dan mempunyai pelbagai fungsi seperti menulis senarai barangan yang perlu dibeli, jurnal dan mempunyai ciri-ciri yang melabelkan anak mengikut warna bagi memudahkan para wanita yang bergelar ibu ini memahami jadual keluarga.
#2 MINT – ANDROID & iOS
Aplikasi kewangan peribadi ini membantu anda dalam mengendalikan kewangan. Anda boleh melihat perbelanjaan dan menetapkan anggaran bulanan anda. Aplikasi ini juga sesuai sekiranya anda mula menabung dan juga anda boleh mengetahui berapa banyak yang anda telah belanjakan pada setiap bulan untuk memperuntukkan anggaran bulanan bagi keperluan anda.
#3 WAZE – ANDDROID & iOS
Waze adalah satu aplikasi navigasi yang akan memberikan notis kepada anda lokasi yang anda ingin pergi dengan menggunakan jalan yang terdekat. Berdasarkan aplikasi ini, anda boleh melihat dan mengelakkan daripada terperangkap dalam trafik, kemalangan dan situasi-situasi yang menggangu perjalanan anda.
#4 REMEMBER THE MILK – ANDROID & iOS
Aplikasi ini bertujuan untuk membantu anda mengendalikan to-do lists. Aplikasi ini juga membolehkan anda mengatur semua yang anda perlu lakukan di dalam satu senarai. Aplikasi ini turut memberikan notis kepada anda untuk memberitahu setiap tugas yang telah anda senaraikan.
#5 SAFETIPIN – ANDROID & iOS
Aplikasi keselamatan ini merupakan yang terbaik bagi wanita. Ia boleh mengesan lokasi GPS dan penggunanya boleh menambahkan nombor kecemasan ke perkhidmatan pesanan amaran apabila berlaku situasi kecemasan.
Aplikasi ini juga menunjukkan tempat yang selamat selain tempat-tempat yang boleh para wanita pergi sekiranya berlakunya kecemasan.
#6 ALLRECIPES DINNER SPINNER – ANDROID & iOS
Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza ketika makan malam, anda boleh menggunakan aplikasi ini kerana terdapat ribuan resepi yang mudah diikuti. Sekiranya anda menjadi ahli, anda boleh berkongsi pelbagai resepi ke dalam aplikasi ini.
#7 HEADSPACE – ANDROID DAN iOS
Aplikasi Headspace ini membantu para wanita dalam mengurangkan tahap tekanan dalam pelbagai cara seperti meditasi. Aplikasi ini dapat membantu anda fokus, bernafas dan tenang untuk mewujudkan keadaan yang selesa bagi mendapatkan tidur yang cukup bagi diri anda.
#8 PERIOD TRACKING – ANDROID DAN iOS
Aplikasi ini merupakan kaedah yang mudah untuk menjejaki kitaran haid anda. Anda hanya perlu log in apabila anda mula datang haid dan berapa lama ia berlangsung. Aplikasi ini juga berperanan dalam meramalkan tempoh kedatangan haid anda pada kitaran seterusnya dan akan memberikan notis tentang hari kesuburan anda.
Para wanita tidak lagi perlu risau kerana kepelbagaian aplikasi yang ada dalam telefon pintar dapat membantu menguruskan hidup kita dengan lebih teratur menggunakan hujung jari sahaja.