Magik aloe vera tidak boleh disangkal lagi!
Ini diakui sendiri oleh isteri kepada penyanyi John Legend. Jika anda ikutinya di Instagram dan Twitter, anda pasti tahu akan sikapnya yang suka berseloroh dan gemar berkongsi tips penjagaan diri.
Salah satu yang bernas adalah caranya mengatasi kemerahan di kulit. Kata Chrissy Teigen, daripada berbelanja beribu-ribu pada krim atau rawatan mahal, dia memilih untuk menggunakan penawar tradisional semula jadi, iaitu aloe vera.
Bukan aloe vera segera yang dijual di pasaran, tapi dari daunnya. Ya, daun aloe vera dipotong dan isi terus ditenyeh ke muka. Kata Chrissy, dia mendapat idea ini daripada jurudandan, Priscilla Valles.
Dalam video Instagram, Chrissy dilihat memerah keluar isi aloe vera kemudian menyapunya terus ke wajah.
- Foto – Prevention
Aloe vera atau lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah, malah secara keseluruhan anggota badan – pada rambut, kaki, tangan dan sebagainya. Ia mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.
Aloe vera miliki banyak manfaat untuk kulit dan salah satu diakui mampu merawat kesan terbakar, keradangan dan gatal-gatal. Hal ini disebabkan sifatnya yang menenangkan dan menyejukkan kulit.
Baca di sini – Guna Aloe Vera Untuk Jadi Cantik Seperti Orang Dulu-Dulu
- Foto – Garden
Mesti ada yang teruja dengan trik tersebut, tapi sebaiknya anda melakukan patch test sebelum aplikasi ke muka terus. Aplikasikan sari lidah buaya pada bahagian leher atau bahagian belakang kuping terlebih dahulu, agar tahu jika kulit cocok dengan aloe vera atau tidak. Takut nanti ada reaksi yang merengsakan kulit.
Aloe vera ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan aloe vera, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperolehi.