Hiburan

Seriuslah Hampir RM2 Juta Kos Pembedahan Kosmetik Safiey Ilias

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Seriuslah Hampir RM2 Juta Kos Pembedahan Kosmetik Safiey Ilias

Pernah muncul dengan single Syinta Gila pada tahun 2018, Safiey Ilias iaitu usahawan kosmetik telah membuat pendedahan berkaitan dengan proses dan kos pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan pinggul dengan kos yang mencecah RM1 juta sehingga RM2 juta.

IKLAN
Foto – Instagram

Pada bahagian wajahnya, Safiey menyatakan bahawa dia telah membelanjakan sebanyak RM300,000 yang harganya itu bersamaaan dengan sebuah harga kereta mewah jenis Ford Mustang.

“Saya telah pergi ke Korea Selatan untuk membuat hidung menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Sebanyak 11 kali dan 10 kali daripadanya saya telah lakukannya di Thailand yang berjumlah antara RM2,000 sehingga RM4,000 pada setiap kali rawatan menggunakan silikon. Pada bahagian kening, saya naikkannya dengan menebuk bahagian atas dahi (RM30,000)”, ujar Safiey.

Dia juga berkata, “Saya tak nak ambil risiko, jadi saya tukar dengan tulang rusuk sendiri dan itu normal. Untuk proses pemotongan lubang hidung pun sudah berharga RM10,000. Jika dulu saya memasukkan silikon pada bahagian pipi, tapi saya telah buang dengan kaedah liposuctin sebanyak 4 kali (RM16,000)”.

(Nota: Liposuction ialah prosedur pembedahan yang menggunakan teknik suction/menghisap untuk membuang lemak dari kawasan tertentu di badan.)

Foto – Arkib Wanista

Menerusi pendedahannya di saluran Youtube miliknya, Safiey turut menyatakan bahawa dia membuat rawatan suntikan botox di bahagian rahang.

“Pada bahagian dagu, saya pernah memasukkan silikon dan kosnya antara RM3,000 sehingga RM4,000. Saya memasukkan silikon ini sebanyak 4 kali. Rawatan pemindahan lemak di pipi, muka dan dahi telah menelan perbelanjaan sebanyak RM30,000,” katanya.

Safiey juga turut rawatan tarik benang pada wajahnya (RM18,000) dan dibuat selama sekali dalam 6 bulan.

“Rawatan suntikan botox pada bahagian rahang bagi mengecilkan rahang perlu diulang dalam 4 atau 6 bulan sekali. Dan kos bagi rawatan ini berjumlah dalam RM2,000,” ujar Safiey di saluran Youtube miliknya.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Safiey turut berkata, “Ramai menghadapi salah faham tentang botox apabila melihat pipi kembung dan bibir disebabkan oleh botox. Tetapi semua itu terjadi disebabkan oleh filler. Botox bertujuan membekukan otot rahang dan akan mengecut disebabkan oleh bakteria yang ada pada botox”.

Sekiranya masyarakat perasan akan perubahan bentuk mukanya, Safiey menyatakan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik yang menukarkan tengkorak lelaki kepada perempuan. “Rahang dan dagu saya menjadi kecil seperti perempuan”.

Foto – Instagram

 

“Saya juga melakukan Facial Feminization Surgery iaitu memasukkan skru yang telah dikerat (RM300,000). Pembuangan tulang rahang sahaja telah menelan kos sebanyak RM30,000 dan secara keseluruhan bahagian muka saya sahaja sudah berjumlah RM300,000. Kos pada bahagian muka sahaja boleh beli Ford Mustang,” katanya.

(Nota: Facial Fermenization Surgery adalah pembedahan kosmetik yang mengubah ciri-ciri wajah lelaki untuk menyamakan bentuk dan ukuran seperti ciri-ciri wajah perempuan.)

Pada bahagian lengan, Safiey telah menjalani proses penyedutan lemak dengan anggaran kos RM16,000 sebanyak 4 kali, rawatan laser wajah dan buang parut berlubang berjumlah RM20,000.

Dia juga memberitahu, “Pada bahagian perut, lemak disedut dengan kos berjumlah RM 16,000. Saya juga membuat pinggul dengan suntikan silikon (RM30,000) manakala payudara hanya memasukkan silikon implan (RM40,000)”.

Foto – Arkib Wanista

Dalam saluran Youtube miliknya, bagaimanapun Safiey turut memberikan nasihat kepada penonton agar tidak menjadikan apa yang dilakukan olehnya itu menjadi ikutan masyarakat.

“Saya hanya menyampaikan maklumat sahaja. Kepada penonton sekiranya anda mempunyai hasrat untuk membuat pembedahan plastik, fikir banyak kali,” katanya.

RUJUKAN: 1, 2, 3