“Pening kepala nak cari kedai makanan lokal, guna aplikasi EATLOKAL pasti boleh!”
Platform EatLokal ini menawarkan pelbagai senarai kedai tempatan menerusi aplikasi dalam talian, kamu boleh memesan makanan dan minuman kegemaran dengan mudah dalam talian dan menunggu makanan tiba di depan pintu rumah dengan santai.
Seperti namanya EatLokal, aplikasi ini membantu peniaga-peniaga tempatan menjual makanan tempatan kepada pelanggan menerusi jualan dalam talian dan harga makanan yang ditawarkan juga sangat rendah sesuai dengan bajet kamu masa PKPP ni.
Malah cas penghantaran juga sangat berpatutan, selamat dan berkualiti, kerana EatLokal juga berkolaborasi bersama SOCAR bagi menghantar makanan kegemaran hingga sampai depan pintu rumah.
Jadi lepas ini tiada lagi rasa gian tak dapat makan makanan lokal, sebab dah ada aplikasi EatLokal untuk penuhi hasrat si foodie macam kamu tu.
Aplikasi EatLokal, Pilihan Makanan Lokal Terkini
Pesan makanan lokal kamu di hujung jari hari ni, nak tahu macam mana nak pesan makan lokal kegemaran kamu jom lihat di bawah. Senang je!
Step 1: Muat Turun Aplikasi EATLOKAL Di iOS Atau Android App
Step 2: Apa Lagi Jom Daftar Masuk!
Step 3: Masukkan Alamat Di Ruang Carian Dan Senarai Kedai Lokal Akan Keluar Mengikut Tempat Kamu Berada
Step 4: Pilih Kedai Makanan Lokal Yang Kamu Mahu
Step 5: Pesan Makanan, Buat Pembayaran Secara Online Dan Tunggu Makanan Sampai Di Rumah!
Untuk pengetahuan kamu semua, EatLokal ini menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian (online) bagi menjaga keselamatan dan kebersihan pelanggan serta penghantar makanan.
Pasti ramai yang nak tahu berapa pula anggaran kos penghantaran makanan bukan? Ini cas penghantaran yang EatLokal kenakan, harganya berpatutan dan bersesuaian dengan lokasi kita berada.
- RM5 bagi lingkungan 5km
- Tambahan RM1 setiap 1km bagi kawasan luar dari 5km
Untung Siapa Yang Tinggal Di Kawasan Ini
EatLokal memberi perkhidmatan bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, beruntungnya siapa yang tinggal di kawasan ni boleh pesan makan lokal kegemaran.
- Kuala Lumpur
- Petaling Jaya
- Bangsar
- Damansara
- Hartamas
- Mont Kiara
- Tropicana
- Bandar Utama
- Taman Tun Dr Ismail
- Sunway
- Subang Jaya
- USJ
EatLokal mula beroperasi dari jam 11 pagi hingga 9 malam bagi penghantaran setiap hari dan manakala bagi yang memerlukan perkhidmatan pegawai khidmat pelanggan, ianya bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Bagi yang nak semak sama ada EatLokal cover kawasan kamu, kamu boleh layari laman sesawang EatLokal [KLIK] untuk menyemak perkhidmatan EatLokal.
Hilangkan craving dengan makan makanan tempatan guna EatLokal hari ni, sambil support peniaga-peniaga tempatan kita. Jom support lokal!