Kecantikan

Memang Berbaloi Beli Sendayu Tinggi Plumping Lip Glow

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Memang Berbaloi Beli Sendayu Tinggi Plumping Lip Glow

Ini bukan sponsor ye!

IKLAN

Untuk pengetahuan semua, bibir akan menyalin permukaan kulitnya yang kemudian akan dinyah menerusi penanggalan sel kulit mati.

Selain meminum air secukupnya untuk menyalur kelembapan optimum buat tubuh dan organ terbesar seperti kulit yang menyelaputi tubuh manusia, penggunaan kosmetik alternatif seperti pelembap bibir juga penting, lebih-lebih lagi pada bibir kering merekah.

Bertarung dengan cuaca di bumi Malaysia yang tidak menentu, pelembap bibir bagaimanakah berkesan untuk melembutkan kulit bibir serta mengelakkan kekeringan ekstrem, bahkan memberi warna agar bibir tidak kusam dan pucat? Wanista cadangkan anda dengan Sendayu Tinggi Plumping Lip Glow. Memang best kerana penulis juga menggunakannya.

Sendayu Tinggi Plumping Lip Glow. Foto – Sendayu Tinggi

Sendayu Tinggi Plumping Lip Glow

Diformulasi bersama Vitamin E untuk melindungi bibir agar kekal lembut dan bantu mengekalkan keanjalan bibir dan Ricinus Communis (Castor) Seed Oil untuk memberi lembapan sepanjang hari serta beri kesan bibir sihat dan bersinar.

Yang best, Plumping Lip Glow tidak meninggalkan kesan melekit pada bibir, setiap sapuan pada bibir akan terasa lembut dan selesa sepanjang hari. Kemasan natural dan berkilat untuk kesan bibir mungil, basah dan kemerahan semulajadi.

Pada penulis, tekstur Plumping Lip Glow lebih kurang sama seperti Dior Lip Glow, cuma ini versi murah berpatutan dan lagi best pakai.

Ada tiga pilihan rona berbeza Lumy, Dawn dan Twink. Foto – Sendayu Tinggi

Menurut pengasas Sendayu Tinggi yang lebih mesra dengan panggilan Yatie, Plumping Lip Glow selain cantik dipakai begitu sahaja, ia juga boleh disuai padan dengan gincu lain kegemaran anda.

Caranya, apply Plumping Lip Glow sebagai base dan dap gincu favorite yang anda suka. Ia akan menaikkan lagi seri kemasan bibir bila kita gabungkan pemakaian dengan rona gincu yang lain. Barulah tak bosan asyik pakai gincu yang sama setiap hari.

IKLAN

Hadir dengan tiga warna natural seperti Lumy untuk warna coral lembut, Dawn untuk bibir merah semulajadi dan Twink rona nude natural.

Kalau suka, setiap satu Plumping Lip Glow hanya berharga RM34 dan boleh dapatkan secara online.

Rasanya semua produk Sendayu Tinggi memang tak pernah mengecewakan, produk tempatan yang setaraf dengan brand antarabangsa. Worth it!

Baca : Viral! Teknik ‘V-Shape’ Yatie Sendayu Tinggi Masuk Laman Huda Beauty & Daily Mail