Kecantikan

Transformasi Kulit Wajah Putih Berseri Kajol Yang Memukau Mata!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Transformasi Kulit Wajah Putih Berseri Kajol Yang Memukau Mata!

Jika dilihat pada 20 tahun yang lalu, selebriti Bollywood sangat obses untuk memiliki kulit cerah dan putih berseri. Hal ini bukan satu perkara yang asing dalam dunia kecantikan apatah lagi, bagi wanita memiliki kulit putih dan cerah merupakan impian semua wanita pada masa lalu.

IKLAN

Dan kebanyakan selebriti Bollywood dan wanita di India sanggup berhabisan wang, membeli produk pencerah wajah (whitening) untuk mendapatkan kulit idaman masing-masing.

Tapi lain pula ceritanya dengan aktres jelita Kajol, kalau perasan Kajol di usia muda remajanya memiliki kulit wajah yang gelap dan tona warna juga tidak sekata.

Tetapi kini tatkala usianya semakin meningkat, kulit wajah Kajol bertukar cerah dan putih berseri. Apa rahsia Kajol agaknya, Jom selongkar rahsia kejelitaan wajah putih berseri aktres berbakat bernama Kajol Devgan di bawah!

Wajah Putih Berseri Bukan Kerana Produk Whitening

Aktres jelita ini mula menenpa nama dalam dunia hiburan sejak berusia 18 tahun lagi, selama bertapak dalam industri Kajol sangat menitik beratkan penjagaan kulit wajahnya. 

Memiliki kulit yang sihat, tona kulit sekata dan cerah merupakan hasrat kebanyakan aktres Bollywood dan wanita biasa dan Kajol juga tidak terkecuali.

Foto – Arkib Wanista

Cuma cara Kajol untuk mendapatkan kulit wajah sebegitu adalah, dirinya tidak bergantung pada pembedahan whitening atau menggunakan produk whitening yang terdapat banyak di pasaran. Jadi apa yang Kajol lakukan adalah rutin harian biasa ini.

Ini rutin harian biasa yang Kajol lakukan dari zaman muda remaja sehingga berusia 45 tahun.

IKLAN
  • Cuci muka guna pencuci wajah untuk bersihkan dan mengekalkan kelembapan kulit muka.
  • Serum wajah.
  • Krim bawah mata untuk mencerahkan lingkaran gelap bawah mata.
  • Krim pelembap sangat penting, pakai dua kali sehari di muka dan leher.
  • Kekal hidrat sepanjang masa.
  • Krim malam bagi mendapatkan kulit sihat.
  • Wajib pakai sunscreen sebelum keluar rumah.
  • Kerap cuci wajah dua hingga tiga kali sehari menggunakan air suam/hangat bagi membuang kotoran seperti daki, sel kulit mati dan liang pori tersumbat.
  • Kerap lembapkan kulit menggunakan krim pelembap.
  • Dan minum air lapan gelas sehari untuk kekal hidrat.

Transformasi Kulit Wajah Kajol Yang Memukau

Tetap Muda Jelita Meski Dah Berusia 45 Tahun

Foto – Arkib Wanista

Wajah Flawless Yang Menawan!

Foto – Arkib Wanista

Senyuman Manis Menyerikan Lagi Keayuan Wajah

Foto – Arkib Wanista

Fair Skin Idaman Semua Wanita

Foto – Arkib Wanista

Kejelitaan Zaman Muda Remaja Yang Ayu

Foto – Arkib Wanista

Kulit Cerah Obsesi Atau Propaganda?

Melihat kejelitaan kulit wajah selebriti Bollywood membuatkan wanita mula memandang kulit wajah cerah adalah warna kulit yang ideal dan harus dimiliki oleh setiap wanita. Tapi hakikatnya, adakah pandangan sebegitu betul?

Mengambil kesempatan aktres dan model Bollywood jelita yang mula beralih arah inginkan kulit cerah, lambakan produk whitening, pembedahan kulit cerah, suntikan whitening dan krim bleaching yang boleh menghakis kulit gelap menjadi cerah, mula mendapat perhatian.

Foto – Arkib Wanista

Kalau nak dilihat dari segi perspektif sejarah propaganda kulit ideal ini dibawa oleh zaman jajahan di India dahulu, di mana era tersebut mula membasuh minda masyarakat India bahawa miliki kulit cerah adalah kulit ideal dan terbaik.

Justeru itu, sehingga kini masih ramai lagi wanita yang obses dengan kulit cerah kerana asuhan turun-temurun sejak dahulu lagi. Cuma di zaman moden kini, perlahan-lahan wanita mula menerima warna kulit asli mereka tanpa mengubah apa-apa.

Tak penting kulit gelap atau cerah, yang penting kulit tu tak kusam dan sentiasa sihat dan lembap sudah cukup menonjolkan kejelitaan wajah!

Rujukan: 1, 2, 3