Fesyen

Fesyen Dr Amalina Che Bakri Yang ‘Bling Bling’

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Fesyen Dr Amalina Che Bakri Yang ‘Bling Bling’

Lulus dengan kelas pertama untuk Sarjana dalam Clinical Science Translational Medicine and Therapeutics  di Universiti Cambridge, Dr Amalina kini sedang menjadi pelatih pakar bedah barah payudara dan onkoplastik di Royal College of Surgeons di England.

IKLAN
Foto – Instagram

Dr Amalina yang digelar sebagai Dr Bling Bling pada suatu ketika dahulu, telah membuat posting foto di Instagram dan Twitter mengenai dirinya yang memakai cermin mata Chanel dan barangan kosmetik M.A.C dengan caption “Masih perlu kelihatan glamor semasa beroperasi”.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun beliau suka berfesyen, Dr Amalina tetap berlaku professional di tempat kerja. “Ketika anda menghadapi senario mengenai hidup dan mati, anda akan fokus kepada pekerjaan anda”.

Menolak kenyataan apabila dilabel sebagai Kim Kardashian of Malaysia, beliau menyatakan bahawa penampilan yang baik perlu ditunjukkan kepada pesakit. “Sekiranya saya berada di klinik atau melakukan pusingan di dalam ward, saya akan berpakaian cantik atau memakai pakaian kerja dipadankan bersama kasut tumit tinggi,” kata Dr Amalina.

Foto – Arkib Wanista

Dengan mempunyai pengikut sebanyak 649.8K di Twitter dan 711K di Instagram, Dr Amalina telah mengubah stereotaip tentang cara pemakaian dan penampilan seorang doktor di mana kebanyakkan masyarakat akan memberikan pandangan yang membosankan tentangnya.

Foto – Arkib Wanista

Pernah dijemput sebagai tetamu di London Fashion Week pada tahun 2018, rata-rata pengikutnya di Twitter bertanyakan tentang cara untuk menjadi tetamu jemputan.

Foto – Arkib Wanista

Perkongsian di laman sosial itu telah memberikan jawapan kepada persoalan tersebut iaitu dengan menjadi pengguna tetap barangan high class. Sering menggayakan barangan hasil kerja Ted Baker dan Chanel tidak lagi mustahil Dr Amalina dijemput untuk ke London Fashion Week.

Gaun hasil kerja Ted Baker. Foto – Arkib Wanista

Tidak kurang hebat juga Dr Amalina di Malaysia apabila beliau tercalon dalam Instafamous Award 2018 – Most Stylish Category. Tidak hairanlah beliau dicalonkan dalam anugerah ini memandangkan Dr Amalina sering menampilkan pakaian yang cantik dan kemas pada setiap masa.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Bagaimanapun, Dr Amalina yang pernah menjadi tajuk utama suatu ketika dahulu mengenai keputusan SPM beliau mendapat 17A, beliau menyatakan bahawa selama 16 tahun di Britain telah mengubah persepsinya tentang kehidupan dan mula belajar tentang kepelbagaian.

Foto – Arkib Wanista

Mempunyai kelebihan bertutur dalam 4 bahasa dan sedang mempelajari bahasa-bahasa lain, Dr Amalina menyatakan, “Dunia ini besar dan saya telah pergi sekitar 60 buah negara untuk mempelajari tentang kehidupan.”

Foto – Arkib Wanista

“Saya tidak peduli warna kulit anda, apa yang anda lakukan dan dari mana asal anda. Setiap orang mempunyai satu persamaan, iaitu mempunyai tujuan dalam hidup dan berusaha untuk mejadi lebih baik”, ujar beliau.

Sering berkongsi tentang fesyen dan kehidupan beliau di laman sosial media, Dr Amalina juga sering berkongsikan maklumat berkaitan dengan kesihatan serta tips-tips mengenai pelajaran.

RUJUKAN: 1, 2