Masyarakat kini tidak pernah memikirkan apa yang dihadapi oleh orang single atau bujang. Dengan memegang status bujang di kalangan pasangan yang telah berkahwin sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada golongan ini disebabkan oleh strerotaip yang diberikan oleh mereka.
Jadi, apakah cabaran menjadi orang single ini?
#1 SENTIASA BERSENDIRIAN
Menjadi single bukanlah tiket untuk meraih simpati daripada orang ramai. Memegang status single membuktikan anda lebih berdikari dan tidak kisah untuk meluangkan masa secara berseorangan di mana-mana anda suka tanpa menyusahkan orang lain.
Tetapi secara kebiasaannya, akan ada segelintir masyarakat yang akan mempertikaikan tentang situasi anda. Sedikit sebanyak perkara sebegini membuatkan anda terasa hati, tetapi anda boleh abaikan dengan memikirkan bahawa mereka tidak berada di tempat anda.
#2 SERING MELIHAT PASANGAN YANG SENTIASA GEMBIRA DAN BAHAGIA
Dikelilingi dengan pasangan yang sentiasa bahagia dan gembira sedikit sebanyak menimbulkan perasaan cemburu terhadap mereka. Kebanyakkan kita tidak tahu bahawa sekiranya berada dalam perhubungan, keinginan untuk menjadi bujang semula semakin tinggi kerana tidak tahan untuk melayan karenah pasangan.
Tetapi apabila menjadi bujang, keinginan untuk berpasangan itu tinggi kerana situasi sekeliling mempengaruhi faktor tersebut.
#3 KERAGUAN TERHADAP PERHUBUNGAN
Keraguan ini terjadi apabila anda mula membuka hati untuk memulakan perhubungan tetapi keadaan sekeliling anda menunjukkan sebaliknya. Berada dalam keadaan sekeliling yang sering bertukar pasangan secara tidak langsung telah membuatkan anda ragu-ragu untuk memulakan perhubungan.
Apabila keraguan itu wujud, kita akan mempersoalkan pelbagai soalan yang mungkin akan terjadi sekiranya kita mempunyai pasangan.
#4 MENJADI BAHAN USIKAN
Apabila menjadi bujang ini, menjadi mangsa usikan dalam masyarakat adalah normal. Golongan bujang ini akan sentiasa terasa hati tetapi mereka akan menunjukkan reaksi yang biasa sahaja apabila diusik.
Menjadi usikan antara orang tua, rakan-rakan yang telah berkahwin dan masyarakat secara tidak langsung memberikan tekanan yang hebat terhadap emosi mereka.
#5 MUDAH MENJADI MANGSA CEMBURU
Golongan bujang sering kali menjadi tempat bagi pasangan yang cemburu terhadap pasangan mereka. Sekiranya mereka berurusan atas dasar kerja bagi berlainan jantina, pasangan mereka semestinya merasakan cemburu terhadap golongan bujang ini.
Jika pergaduhan terjadi di antara pasangan itu, semestinya golongan bujang ini menjadi punca pergaduhan tersebut kerana kecemburuan pasangan sehingga menimbulkan salah faham.
Stereotaip yang diberikan kepada golongan bujang ini tidak akan terhapus walaupun tanggapan itu memberikan kesan kepada emosi golongan ini. Stereotaip ini juga akan berterusan terhadap golongan bujang ini memandangkan gambaran mempunyai pasangan dianggap sebagai sesuatu yang perlu dipraktikkan.
Masyarakat juga perlu menghormati perasaan golongan ini memandangkan mereka juga manusia biasa yang mempunyai perasaan.