Pada 3 Julai 2020, bekas anggota girl group popular AOA (Ace of Angels), Mina berkongsi luahan bahawa selama dirinya berada dalam AOA dirinya sering di buli oleh seseorang yang berstatus unnie (kakak) dalam kumpulannya.
Ekoran luahan yang mengejutkan itu, ramai yang tertanya-tanya siapa identiti unnie yang dinyatakan oleh Mina dalam posting yang dikongsikannya.
Selingkap kontroversi kes buli Mina dalam girl group popular AOA, menerusi perkongsian luahan Mina di akaun Instagramnya.
3 Julai 2020
Get Lost Bitch!
https://www.instagram.com/p/CCKogOSn4Sx/
Mina memuat naik mesej peribadi yang diterima oleh anti-fan, dengan mengatakan “Get, lost bitch” di akaun Instagramnya. Berikutan mesej negatif tersebut Mina berkongsi luahan panjang sebagai jawapan.
“Saya nak pergi dari sini tapi saya ada ibu yang harus di jaga. Ah, lepas ini saya akan dapat banyak DM memanggil saya ‘tak ada otak’.
Kamu betul. Saya ‘tak ada otak’ dan saya tak pernah belajar apa-apa dalam hidup hidup saya. Saya terpaksa mencari duit sejak dari usia yang muda kerana situasi keluarga.
Selepas ayah saya meninggal dunia, saya menangis di bilik menunggu yang kemudian seorang unnie menarik saya ke almari dan menyuruh saya berhenti menangis kerana merosakkan mood dan saya juga beritahu dia yang saya takut.
Saya cuba memberitahu dia, saya takut ayah saya meninggal. Saya tak akan boleh lupakan kata-kata yang dia ucap pada saya. Selain di buli? Selain kata-kata kasar? Mereka semua sama.
Ianya merupakan sebuah parut dan kami masuk dalam kereta yang sama dan saya paksa diri untuk tidur, ambil pil tidur dan pil penenang.
Saya perlu lakukan tugas yang baik dengan jadual kerja yang padat, tapi saya merasakan diri saya berkecai dan saya pernah cuba untuk menamatkan nyawa kerana dia.
Sejujurnya, saya okay meskipun kamu semua tidak pernah menghormati diri saya sebagai idol atau aktres. Saya tahu saya teruk, saya tidak bagus dalam apa-apa tapi saya sangat gembira dan mencuba sehabis baik.
Saya masih lagi sayang pada bidang kerja ini, saya tidak pernah berasa tertekan menjadi idol dan sebenarnya saya tidak pernah mahu meninggalkan AOA tetapi kerana seseorang benci saya, saya putus asa selepas menahan pembulian selama 10 tahun lebih dari dia dan mengakhiri semuanya.
Saya ingin berpatah dan menyumpah dia. Tapi akhirnya, saya putus asa pada AOA.
Saya benar-benar gembira membuat promosi sebagai AOA bersama anggota kumpulan yang lain.
Tapi tidak lama kemudian, ayah kepada salah seorang unnie meninggal dunia dan saya berasa sangat sedih dan pelik.
Saya tahu perasaan tersebut, apabila saya hadir ke majlis upacara pengembumian tersebut, dia (unnie) datang kepada saya menangis dan memberitahu kepada saya ‘saya minta maaf’.
Ianya tak terkata dan hati saya berkecai. Saya rasakan kekosongan dan selepas itu saya okay, saya lepaskan rasa untuk menyalahkan dia tapi malangnya perasaan saya dah remuk dan saya tahu saya memerlukan masa untuk diri saya dengan hiatus seketika.
Dalam masa hiatus, saya tahu saya mahu belajar perkara baru atau mungkin cuba menerima rawatan untuk masalah kemurungan dan keresahan saya.
Tapi siapa sangka dalam masa hiatus ini banyak perkara berlaku.
Saya rasa letih. Kamu tahu apa netizen kata online? Bagaimana saya tak sedar diri, tiada siapa tahu apa yang saya ingin jadi, tiada siapa yang mahu melihat wajah saya atau mendengar luahan saya.
Bukannya saya minta dilahirkan ke dunia ini, saya ada mulut, saya ada tangan, tapi saya tak boleh kawal diri saya lagi dan saya perlu hidup demi ibu saya.
Tak kisah kalau kamu tak suka saya dan ianya tak mengapa jika kamu tak beri perhatian pada saya tapi boleh tak kamu biarkan saya sendiri? Saya tahu semuanya salah saya”
Luahan hati yang pertama ini merungkai misteri sedikit demi sedikit yang dialami oleh Mina semasa menjadi anggota AOA dan identiti unnie yang membuli Mina, di mana unnie tersebut merupakan salah seorang anggota AOA (sekarang) telah kehilangan bapanya.
Yang Hilang Tak Kembali, Beri Kesan Mendalam Pada Mina
https://www.instagram.com/p/CCKvLC8HVsy/
Kemudian Mina memuat naik posting kedua dengan meluahkan pengalaman yang dilalui dirinya dalam AOA.
“Kenapa saya menulis mengenai unnie dalam AOA. Saya tahu yang ayah saya akan pergi (meninggal dunia) selepas mereka memberitahu dia (ayah) berada di tahap terminal kanser pancreatic.
Tapi pada masa itu, saya berasa takut untuk kena marah dengan dia (unnie) lagi. Saya mempunyai tugas lakonan dan kami (AOA) merancang untuk comeback, jadi kami mempunyai banyak jadual kerja dan saya tidak mahu menyusahkan anggota kumpulan yang lain.
Saya harus menghafal dialog dan harus sentiasa senyum. Fikiran saya tidak membenarkan saya untuk berfikir mengenai ayah kerana saya ada tugas yang perlu dilakukan.
Saya tak boleh pergi melawat ayah dibiliknya, kerana jika saya masuk saya akan lihat ayah tinggal kulit dan tulang pada saat akhir penyakit kansernya.
Dan tidak mungkin saya tak menangis melihat keadaan ayah sebegitu. Kakak saya memanggil saya dan memberitahu bahawa ayah tidak boleh bercakap dengan baik tapi dia (ayah) mahu berjumpa dengan saya.
Dan dalam kepala saya, saya berfikir bagaimana jika saya menangis semasa bekerja, bagaimana jika unnie menjerit pada saya lagi? Saya terlalu muda dan saya berfikir saya terpaksa melakukannya. Saya sangat takut dimarahi.
Jadi meski saya mempunyai peluang untuk melawat, saya tidak pergi dan apabila ayah meninggal dunia, saya biarkan ayah pergi.
Disebelah ayah terdapat buku lukisan dengan tulisan, ‘mana anak perempuan saya?’ untuk ditunjukkan kepada jururawat tapi saya tidak dapat melawat kerana bekerja.
Saya mendengar banyak perkara tentang bagaimana mereka membiarkan keluarga unnie tinggal di bilik VIP dan dia (unnie) membatalkan semua jadual kerjanya.
Saya harap ianya bukan seperti yang saya sangkakan. Unnie patut menahan segalanya macam pro juga, kamu jangan menangis pula, okay? Ianya akan merosakkan mood.
Kamu yang berkata kenapa semua orang perlu risau disebabkan saya. Saya harap unnie boleh tanganinya, saya tidak akan boleh lupakan apa yang unnie telah katakan pada saya, apa yang kamu buat pada saya, saya ingat semuanya meskipun sedikit fuzzy.
Tatkala saya ingat kembali, saya terus makan ubat dan bertahan. Tapi bila saya fikir mengenai ayah saya, ianya akan kekal untuk selamanya dalam diri saya.
Kepada unnie, ianya sesuatu yang kamu cakap untuk seketika tapi pada saya ianya merupakan parut berbisa.
Akhirnya apabila kita ada masa 5 minit untuk bercakap sebelum saya pergi, saya beritahu kamu tentangnya dan kamu memandang pada saya dan berkata “I didn’t think I was such a bitch to say something like that?”.
Dan kemudian salah seorang anggota kumpulan beranikan diri dengan menyatakan bahawa unnie memang ada berkata begitu.
Saya benar-benar terkejut hingga tak terkata dan saya berfikir “Adakah dia masih manusia?”.
Dan apabila kami berpisah, sehingga kini tiada siapa tahu malah anggota kumpulan yang lain juga tak tahu kenapa kamu bencikan saya sangat?”
Fiksyen Atau Realiti?
Menerusi perkongsian Mina dalam dua posting tersebut, peminat mendakwa Jimin merupakan identiti unnie tersebut kerana ayah Jimin meninggal dunia pada April 2019.
Dan spekulasi indentiti menjadi sah apabila Jimin sendiri telah memuat naik status dalam insta stories dengan menyatakan “Fiction”, di mana post tersebut telah dibuang oleh Jimin.
Ini Baru Satu Antara Trilion Pembulian Yang Dialami Mina
Ekoran respond Jimin yang menujukan bahawa segala yang Mina kongsikan sebelum ini adalah fiksyen semata-mata, membuatkan Mina memuat naik posting ketiga yang menjelaskan bahawa Mina mempunyai bukti dan saksi.
Mina menyatakan dirinya hanya berkongsi satu daripada trilion perkara yang berlaku dan Jimin menyatakan ianya fiksyen dan kemudian membuang posting tersebut.
“Saya hanya menyatakan satu dari trilion yang berlaku, cubalah menyatakan ia fisyen dan kamu akan dihukum oleh tuhan. Jangan jadi macam tu, ada bukti dan saksi.
Saya minta maaf tapi tak perlu nak mendengar kedua-dua belah pihak kerana saya tidak melakukan kesalahan.
Semasa hari-hari terakhir kita (dalam AOA), saya ingin membuat implant rambut tetapi lambat sampai ke bilik latihan kerana anesthesia masih belum habis.
Saya telefon awal dan sejurus mendengar suara kamu, saya tahu kamu akan membuatkan keadaan jadi lebih buruk sampai saya tidak pergi ke bilik latihan.
Dan pada hari tersebut saya cuba membunuh diri lagi sekali, dan kesalahan terbesar saya adalah kamu. Saya dah cakap segalanya yang saya lakukan adalah salah saya, jadi perlu saya kongsi cerita tentang kamu pula?
Banyak perkara yang boleh dikongsi yang malas nak dikongsikan, tapi kamu menyatakan ianya fiksyen kenapa kamu buang post kamu?
Oh ya, dahulu kamu pernah kata kamu tak ingat apa yang kamu pernah cakap kan?
Wow, mesti seronok boleh hilangkan memori macam tu saja, tolong padamkan memori saya juga. Tolong, tolong. Kamu mungkin boleh lihat pergelangan tangan saya dan tidak merasa bersalah apa-apa kan?
Kamu mungkin menyumpah pada saya sekarang ini kan.”
Bukan Fiksyen, Kesan Parut Bukti Mina Cuba Bunuh Diri
Tidak lama kemudian, Mina berkongsi foto pergelangan tangannya yang menunjukan banyak parut keratan pada pergelangan tangannya.
https://www.instagram.com/p/CCK67DOnJ26/
Dalam posting keempat yang dimuat naik dengan gambar bukti parut kesan bunuh diri Mina, Mina menyatakan menerusi dalam posting tersebut. “Ianya terlalu menakutkan untuk dipanggil fiksyen”.
Untuk makluman, Mina telah menjalani tiga hingga empat rawatan parut untuk bagi memudarkan parut tersebut tapi malang ianya tetap tidak akan hilang.
“Ianya terlalu menakutkan untuk memanggil fiksyen, saya menjalani rawatan untuk pudarkan parut tiga hingga empat kali tapi parut tu tak hilang.
Saya hampir jadi gila setiap hari kerana memori yang kamu berikan tidak hilang, Jimin undang-undang? Failkan tuntutan? Saya tak ada duit untuk melakukan itu, kecederaan psikologi?
Saya tak perlukan semua itu dan saya tak ada rancangan untuk melakukan itu.
Saya cuma sedih dan kecewa kerana disebabkan kamu saya jadi begini dan saya mahu kamu mengaku bersalah dan memohon maaf dengan ikhlas pada saya. Itu yang saya fikirkan dan saya perlukan.
Orang yang membuli saya, hidup dengan baik dan saya untuk bangun pagi sahaja ianya cukup menyakitkan tapi saya perlu kuat untuk menyara keluarga.
Jadi mengaku kesalahan kamu dan mohon maaf, supaya saya boleh lepaskan segala yang terbuku dalam hati saya, okay?”
Impian Mina Kini Tinggal Hanya Impian
Tidak lama kemudian Mina berkongsi bagaimana dirinya tidak dapat mengejar impian kerana tekanan dan kesan psikologi yang terjejas teruk. Mina luah bagaimana dirinya memberitahu bekas agensi syarikat FNC Entertainment dan semua orang tentang keadaan dirinya.
https://www.instagram.com/p/CCLZ2A_HzzH/?utm_source=ig_embed
“Saya dah tak boleh nak kejar impian saya lagi kan? Tapi kalau kamu seorang manusia, kamu juga tidak patut juga unnie.
Saya beritahu FNC Entertainment dan semua orang, saya separuh berfungsi, saya tak boleh nak buka mata dengan baik dan saya gagap bila bercakap.
Walaupun dah seratus pil tidur saya makan, ianya tidak membuatkan saya kembali pulih. Ini semua disebabkan Jimin unnie, tapi tiada siapa mahu mendengar kan?
Kepada siapa harus saya berpaut dan memberitahu? Saya tak faham kena secara tiba-tiba kena marah? Saya hidup begini setiap hari.
Tiada siapa yang tahu kerana saya tidak memberitahu apa-apa, saya sembunyikan hal ini sejak saya berusia 21 tahun lagi dan mengambil pil secara senyap-senyap untuk harungi semua ini.
Saya hidup begini kerana Shin Jimin unnie dan unnie pula tidur dengan lena sekarang ini.”
Mina Bersuara Harap Tiada Lagi Orang Seperti Dirinya
Setelah berkongsi panjang kisah hitam yang menghantui jiwa Mina menerusi postingnya, Mina memberi mesej dengan menyatakan bagi yang sedang mengharungi masa sukar disebabkan seseorang jangan pendam dan lawan balik.
https://www.instagram.com/p/CCLaKPOHOVE/?utm_source=ig_embed
“Kepada mereka yang sedang melalui saat sukar waktu ini disebabkan seseorang, lawan balik dan jangan pendam. Atau cari seseorang yang boleh kamu luah dan berkongsi cerita.
Pil tidur? Jangan sesekali ambil pil tersebut kerana ianya tiada jalan penyelesaian. Jangan hidup seperti saya dan jangan pendam. Tolong hidup seperti mana yang kamu mahukan, lakukan apa yang kamu inginkan dan tunjukkan diri kamu yang sebenarnya.”
4 Julai 2020
AOA Jimin Minta Maaf Pada Mina
Kontroversi demi kontroversi mula menghentam sosial media mengenai kes buli Mina yang dilakukan oleh ketua kumpulan AOA, Jimin. Selepas pelbagai luahan yang dikongsikan oleh Mina, Jimin akhirnya membuka mulut dengan berkongsi posting mengenai apa yang berlaku.
https://www.instagram.com/p/CCNxXQjF1jv/?utm_source=ig_embed
“Saya tak boleh meluahkan segalanya dalam post yang pendek tapi saya benar, benar minta maaf. Saya mempunyai kelemahan sebagai ketua dan saya bersalah.
Saya menyesal dan berasa bersalah, saya sedar yang saya tidak memahami Mina dengan baik semasa kami bersama dan saya tidak melihat sekeliling saya dengan berhati-hati.
Semalam saya menangis dan meminta maaf dan menangis lagi. Walaubagaimanapun, saya sedar bahawa emosi yang Mina pendam selama ini mengenai saya tidak boleh diselesaikan dengan mudah.
Jadi saya minta maaf sangat-sangat. Semasa saya muda, saya percaya bahawa kumpulan kita hanya perlu menunjukkan sisi baik kita pada staf dan dunia.
Itu yang saya fikirkan semasa diawal 20an tapi saya sedar sekarang yang saya kekurangan sifat kemanusiaan sebagai ketua. Saya minta maaf kerana telah mencetuskan kontroversi dan saya minta maaf kerana menulis keterangan di sini.
Dan lebih dari segalanya, saya ikhlas meminta maaf pada Mina dan ahli anggota yang lain, yang telah berkongsi tenaga dan usaha bersama”.
Jimin Keluar Dari AOA
Kontroversi mengenai kes buli ini mengejutkan peminat AOA dan sejurus selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimin di akaun Instagramnya, tidak lama kemudian agensi Jimin memaklumkan bahawa artis naungannya itu akan keluar dari kumpulan AOA.
Ini adalah FNC Entertainment.
Pertama sekali, kami ingin memohon maaf pada semua pihak yang terlibat dengan isu Jimin baru-baru ini.
Bermula hari ini, Jimin membuat keputusan untuk meninggalkan AOA dan menghentikan kesemua aktivitinya dalam industri hiburan.
Tambahan lagi, agensi kami menerima segala tanggungjawab untuk keseluruhan situasi dan kami akan memberi keseluruhan fokus untuk mengurus artis (di mana akan datang).
Sekali lagi, kami memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
Selepas isu tersebut, Mina kemudian menyatakan bahawa Jimin telah melawatnya dan bercakap banyak perkara bersama dan memohon maaf. Meskipun Mina telah menerima permohonan maaf Jimin, Mina tidak pasti sama ada dirinya menerima dengan ikhlas atau sebaliknya.
Agensi Mina Rancang Rawatan Utamakan Kesihatan Dan Keselamatan Mina
Selepas agensi FNC Entertainment mengeluarkan kenyataan Jimin keluar dari kumpulan AOA, tidak lama kemudian agensi Mina iaitu Woori Actors mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai artis naungannya itu.
Apa khabar, ini Woori Actors.
Kami ingin memberi kenyataan mengenai isu yang sedang berlaku pada aktres kami Mina.
Pada 3 Julai, ramai wartawan dan peminat telah menghubungi kami disebabkan isu yang berada di sosial media. Kesemua panggilan yang diterima pada syarikat disambungkan secara terus pada telefon bimbit CEO syarikat dan CEO sendiri telah memberi maklumbalas pada semua panggilan.
Antara sebab kami tidak mengeluarkan kenyataan rasmi adalah kerana kami menerima dan memberi maklumbalas kepada lebih 100 panggilan, dan bukannya kami tidak dapat memberi pandangan terhadap apa yang berlaku pada Mina sebelum dia masuk agensi kami.
Selain itu, sebab kami masih memberi maklumbalas terhadap panggilan yang diterima adalah kerana, kami ingin menjelaskan situasi terkini dan mahu mengelakkan orang ramai risau dan juga mengelakkan sebarang artikel berdasarkan spekulasi semata-mata.
Sekarang ini keutamaan pertama dan kedua kami adalah kestabilan mental dan keselamatan aktres kami.
Kami ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih pada wartaman yang memahami dan melakukan tugas mereka dengan baik bagi menjernihkan dan menyampaikan hal yang benar pada orang ramai.
Mina sekarang ini sedang berehat, dia berjaya mengharungi masa yang sukar adalah kerana sokongan dan kasih sayang yang dia terima dari orang ramai.
Buat masa ini agensi kami akan cuba yang terbaik untuk bantu Mina menerima rawatan psikologi, supaya Mina dapat kembali pulih dan sihat.
Disebabkan hal ini, Mina risau sama ada dirinya mampu atau tidak utnuk teruskan impian menjadi aktres.
Kami berjanji akan melakukan sehabis baik untuk Mina agar dirinya dapat kembali sihat dan menggunakan potensi dirinya untuk menjadi aktres.
Kami berharap agar kamu semua terus memberi sokongan dan kasih sayang pada Mina.
Selain itu, kami juga sedia maklum terdapat komen-komen berbaur fitnah dan negatif dalam banyak tempat yang menyebabkan lebih banyak mangsa. Kami dengan ikhlas meminta agar semua khabar angin tersebut dihentikan agar tiada lagi mangsa.
Akhir sekali, kami memohon maaf kerana menyebabkan semua orang risau dan sekali lagi kami sangat berterima kasih untuk kasih sayang dan sokongan yang kamu semua tunjukkan pada Mina.”
Di harap Mina dapat kembali pulih, sihat dan menjadi aktres yang berjaya seperti yang diimpikan.
Stay healthy and strong Mina, we all love you..