Kecantikan

7 Tips Mengembalikan Bibir Merah Secara Semula Jadi

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
7 Tips Mengembalikan Bibir Merah Secara Semula Jadi

Memiliki bibir yang merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Setiap wanita perlu memberikan perhatian terhadap bibir memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Sekiranya anda mempunyai bibir yang mengelupas, elakkan daripada mengopek kulit bibir untuk mengelakkan daripada luka dan terkoyak.

IKLAN

Untuk mendapatkan bibir cantik, terdapat 7 tips penjagaan bibir yang perlu diketahui oleh setiap wanita.

#1 MADU

Foto – Hello Doktor

Seperti yang kita tahu, madu mempunyai banyak khasiat tersendiri termasuklah dalam merawat bibir. Bagi merawat bibir, sapukan madu pada keseluruhan bibir secara rata dan biarkan seketika untuk madu meresap ke bibir selama 15 minit sehingga 20 minit. Selepas itu, anda boleh membasuh bibir menggunakan air biasa atau air suam. Ulang rutin ini sebanyak 3 atau 4 kali dalam seminggu.

(Nota: Pastikan anda menggunakan madu asli ketika melakukan ini)

#2 MINYAK ZAITUN

Foto – Alodokter

Minyak zaitun merupakan salah satu tips yang diguna pakai oleh wanita-wanita dalam memerahkan bibir. Anda perlu mencampurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, dan menyapukannya pada keseluruhan bibir. Tunggu selama beberapa minit dan selepas itu anda perlu mengurut keliling bibir berlawanan arah jam secara perlahan. Selepas itu, anda boleh bilas menggunakan air suam atau air biasa. Lakukan sebanyak 1 ke 3 kali sehari.

#3 MENTEGA

Foto – IDN Times Sumsel

Sebelum anda tidur, pastikan anda menyapu mentega pada bibir. Mentega bukan sahaja bertindak dalam memerahkan semula bibir anda malah menjadikan bibir anda lebih lembut dan tudak kering.

#4 BERUS GIGI

Foto – Naukri Nama

Ubat gigi dan berus gigi bukan hanya digunakan untuk gigi dan lidah, malah boleh juga digunakan pada bibir sebagai skrub. Ketika ingin menggosok gigi, anda boleh meletakkan sedikit ubat gigi di bibir. Selepas 3 minit sehingga 4 minit, gunakan berus gigi anda untuk menggosok bibir. Proses menggosok bibir ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen seterusnya menjadikan bibir lebih merah.

#5 GULA

Foto – CNN Indonesia

Gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir di pasaran. Di rumah, anda boleh membuat skrub bibir sendiri menggunakan gula dan mencampurkannya dengan vaseline atau air suam.

Cara membuat skrub bibir:

IKLAN

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan gula
  • 2ml vaseline atau air suam

Campurkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Kemudian, sapukan campuran bahan tersebut pada bibir dengan membuat gerakan membulat pada keseluruhan bibir selama 3 minit hingga 4 minit. Biarkan seketika dan bilas apabila kering.

#6 LEMON

Foto – NDTV Food

Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan ratakan di keseluruhan bibir. Lemon bertindak dalam mencerahkan pigmen bibir dan madu akan memberikan nutrisi kepada bibir serta melembapkannya.

#7 AIR KOSONG

Foto – Medical News Today

Kekurangan air dan dehidrasi boleh menyebabkan bibir gelap dan merekah. Untuk mengelakkan daripada mendapat bibir yang gelap dan merekah, anda perlu minum air mengikut kuantiti yang disyorkan berdasarkan berat badan.

Untuk mendapatkan bibir merah dan cantik secara semula jadi ini tidak memerlukan modal yang tinggi.

Walaupun rawatan estetika memberi kesan bibir menjadi merah seperti semula jadi dalam masa yang singkat, namun tak semua wanita mampu untuk mengeluarkan modal yang tinggi untuk mendapatkan bibir merah. Menggunakan bahan semula jadi yang berada di sekeliling kita juga mampu membantu dalam mendapatkan bibir yang merah.

Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2