Kesihatan

Apa Akan Jadi Pada Miss V, Kalau Selalu Guna Vibrator?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Apa Akan Jadi Pada Miss V, Kalau Selalu Guna Vibrator?

Penggunaan vibrator dikalangan wanita merupakan perkara biasa pada masa ini, alat permainan seks yang popular ini menjadi barang pemuas nafsu yang digilai wanita di seluruh negara termasuklah Malaysia juga.

IKLAN

Nikmat menggunakan virbrator ini memberikan feels yang baru buat wanita sehingga wanita kerap menggunakan alat mainan seks tersebut.

Tapi apa yang menjadi persoalan di sini adalah, apa pula kesan pada vagina wanita jika alat tersebut digunakan dengan kerap?

Untuk mengulas lebih lanjut apa kesan vibrator pada miss v, jom tengok dibawah!

Berisiko Kena Jangkitan Kuman

Foto – Women’s Health

Vagina wanita berisiko tinggi terkena jangkitan kuman kerana barang mainan tersebut tidak dicuci bersih. Mana tidaknya bayangkan vibrator yang digunakan dipenuhi dengan air syahwat yang berlendir itu, bukan mudah untuk dicuci dengan bersih.

Dan jika telah dibersihkan pun belum tentu tiada kuman pada vibrator tersebut kerana tidak di steril selepas dicuci, kemudian alat tersebut terus di sambung guna untuk menikmati rasa rasa seks.

Jadi tidak hairanlah wujudnya isu di mana wanita terlantar dihospital, kerana vagina dijangkiti kuman disebabkan guna vibrator yang tidak terjaga kebersihannya.

Menghadkan Jumlah Potensi Klimaks

Foto – Steemit

Tahu tak sebenarnya menggunakan vibrator dengan kerap akan menyebabkan tubuh kamu menghadkan jumlah potensi syahwat diri.

Seperti yang sedia maklum wanita akan lambat mengecapi orgasm dan apabila kamu menggunakan vibrator, getaran yang dihasilkan vibrator akan membuatkan vagina kamu menjadi cepat klimaks.

IKLAN

Dan jika kamu ingin mendapatkan orgasm kedua, kamu perlu menunggu saraf vagina tenang barulah kamu boleh sambung menggunakan alat mainan tersebut.

Vagina Jadi Sensitif & Cedera Kerana Terlebih Guna Vibrator

Foto – Blissful Cherry

Dek kerana terlalu lama menggunakan vibrator sehingga sejam atau sejam lebih akan menyebabkan saraf vagina sensitif dan cedera kerana terlebih guna vibrator pada vagina, dan ini menyebabkan kamu tidak dapat merasai orgasm semasa menggunakan alat tersebut.

Miss V Jadi Longgar

Foto – Nusaperdana

Sama dengan konsep lagi kerap kamu melakukan seks, lagi mudahlah miss v kamu longgar, samalah juga jika kamu kerap menggunakan vibrator pada vagina.

Ia akan menyebabkan vagina kamu tanpa sedar menjadi longgar, tambahan lagi saiz vibrator yang besar pastinya akan membuatkan vagina kamu mengikut saiz vibrator tersebut dari masa ke semasa.

Nah, jangan pula nanti suami tanya “yang kenapa dah tak ketat macam biasa, longgar je ni?” tak pasal-pasal kena menjawab dengan encik suami!

Foto – The Week

Hukum Menggunakan Vibrator Dalam Islam

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang telah bersidang pada 13 – 15 Jun 2005, telah membincangkan hukum menggunakan alat-alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin. (Rujukan: e-book Jakim, muka surat 161)

Muzakarh telah memutuskan bahawa hukumnya harus menggunakan alat bantuan tersebut dengan tujuan untuk hubungan kelamin, selagi mana ia tidak memudaratkan dan tidak najis.

Dan ini bermakna wanita Muslim boleh menggunakan vibrator dengan tujuan untuk hubungan kelamin suami isteri.

Hal ini dapat kita lihat jika wanita tersebut mempunyai suami yang mengalami masalah alat kelamin maka sang suami boleh menggunakan alat bantuan seks untuk memuaskan nafsu syahwat isteri.

Foto – News Track English

Jadi pokok pangkalnya di sini adalah bukan tak boleh guna vibrator, boleh. Cuma jangan terlalu kerap, kamu harus berpada-pada jika ingin menggunakan alat mainan seks tersebut. Ingat miss v adalah organ dalaman wanita yang sangat berharga dan tiada galang ganti.

Jadi sebelum berlaku hal yang lebih serius, baik guna secara sederhana!

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2, 3, 4