Berita & Isu Semasa

Mufti Wilayah Persekutuan KL Larang Muslim Guna Face App

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Mufti Wilayah Persekutuan KL Larang Muslim Guna Face App

Penggunaan aplikasi Face App semakin menjadi-jadi dikalangan penggunanya, kebolehan aplikasi yang mampu mengubah wajah muka pengguna menjadi muda, tua, bertukar jantina, dan bermacam-macam jenis filters lain menjadikan aplikasi tersebut trending.

IKLAN

Fungsi aplikasi mengubah jantina pengguna sangat popular dikalangan pengguna, ramai pengguna lelaki dan wanita menggunakan filters tersebut untuk mengubah wajah mereka menjadi berlainan jantina.

Penggunaan Face App yang seolah-olah menggalakkan pengguna mengubah kejadian tuhan ini, membuatkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengeluarkan isu Irsyad Al-Fatwa di mana hukum mengubah foto wajah menggunakan Face App adalah dilarang sama sekali.

Foto – Arkib Wanista (kuasa Face App yang mampu mengubah wajah lelaki menjadi wanita)

Berikut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam menerangkan hukum mengubah foto wajah terhadap pengguna Muslim.

  • Mengubah foto wajah menggunakan aplikasi wajah (Face App) dan menyebarkannya adalah dilarang.
  • Penggunaan aplikasi Face App seolah menggalakkan mengubah ciptaan Allah walaupun bukan secara hakikat fizikal. Justeru itu, larangan tersebut bagi membendung kecenderungan perbuatan mengubah ciptaan Allah secara hakikat berdasarkan kaedah sadd al-zariah (menutup pintu kerosakan).
  • Fungsi aplikasi tersebut yang boleh menukar foto wajah kepada berlainan jantina boleh mengelirukan identiti sebenar. Bahkan foto gambar tersebut mengaibkan diri sendiri sekaligus boleh menjatuhkan maruah.
  • Adapun mengubah kepada wajah tua mahupun muda turut dilarang kerana mempunyai unsur penipuan terhadap fitrah kejadian asal, serta memperdayakan manusia terhadap wajah yang tidak menunjukkan keaslian.
  • Bahkan meramal wajah tua adalah perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana manusia tidak dapat mengetahui kejadian pada masa akan datang.
Foto – Arkib Wanista (aplikasi Face App dengan unsur penipuan, meramal wajah di masa tua dan sebagainya adalah dilarang)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga menguatkan huraian dengan menggunakan dalil-dalil dalam al-Quran bagi menegaskan hukum terhadap pengguna Muslim.

“Maksudnya: Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, tidak patutlah ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu.” – Surah al-Rum, ayat 30.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menyatakan bahawa mengubah ciptaan Allah turut termasuk dalam tipu daya syaitan. Ayat ini dijelaskan dalam dalil dalam surah an-Nisa.

“Maksudnya: Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.” – Surah an-Nisa, ayat 119.

Banyak dalil-dalil yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam menegaskan isu penggunaan Face App terhadap penguna Muslim. Meski niat menggunakan aplikasi tersebut hanya suka-suka sahaja, namun apa yang telah dilarang tidak boleh diteruskan lagi.

IKLAN

“Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” – Surah at-Tin, ayat 4.

Jadilah insan yang berfikiran matang dan bijak, jangan sampai terjerumus dalam lembah penipuan di akhir zaman ini, nauzubillah.

Rujukan: 1,