“Cepat betul masa berlalu, pejam celik usia anak perempuan dah nak masuk lapan tahun, walhal rasa baru je semalam lahirkan baby girl comel ni“
Bila anak dah mula membesar ibu bapa tak bolehlah biarkan bilik tu tak berseri, dah tiba masa untuk deko bilik yang plain tu jadi lebih meriah.
Lagi pun sekarang ni dah banyak idea-idea dekorasi bilik untuk kanak-kanak perempuan yang cantik-cantik dan menarik, ibu bapa tinggal pilih je nak stail deko yang mana satu.
Bagi yang tengah cari idea deko bilik untuk anak perempuan dalam lingkungan usia 7 hingga 9 tahun, nah ini beberapa idea menarik yang boleh kamu guna pakai untuk mendekorasi bilik baby girl kamu tu nanti.
#1 Pilih Konsep @ Tema Bilik Tidur Anak
Perkara utama dalam mendekorasi bilik anak perempuan semestinya konsep atau tema bilik. Kalau kamu tak setkan tema, comfirm deko bilik tu jadi so-so je nanti percayalah!
Tema Stail Ala Princess In Worderland
Siapa yang tak suka dengan konsep bilik tidur ala-ala tuan puteri dalam cerita dongeng kan, lagi-lagi anak perempuan.
Tema Classic Forest Flower
Kamu ingin ajar anak perempuan kamu mencintai bunga dari kecil, mungkin bilik tidur konsep seperti ini sesuai untuk kamu pilih. Elemen pokok bunga dalam hutan ini, membuatkan bilik tidur anak perempuan kamu seperti dalam kisah fairytale. Sweetnya!
Tema Minimalis
Konsep minimalis juga sesuai digunakan untuk mendekorasi bilik kanak-kanak, kerana ia memberikan kesan ruang yang luas dan lapang. Mungkin tema ini kena dengan jiwa anak perempuan kamu yang sukakan ruang yang besar dan tak banyak barang.
#2 Kertas, Sticker @ Lukisan Dinding
Untuk jadikan bilik tidur anak lebih menarik, pemilihan jenis kertas, sticker atau lukisan dinding juga penting bagi menjadikan bilik tidur lebih ceria dan menarik.
Kertas Dinding Polka Dot
Lukisan Tumbuhan Hijau
Lukisan Rama-Rama
Sticker Bunga Kertas
#3 Variasi Jenis Katil
Dah pilih tema apa untuk bilik anak, pastinya item penting seterusnya adalah pemilihan jenis katil! Ya, pemilihan katil haruslah sesuai dengan konsep yang kamu pilih untuk bilik tidur anak perempuan, barulah menjadi deko tu.
Katil Stail Kereta Labu Cinderella
Katil Stail Rumah Mini Comel
Katil Stail Classic Bird Cage
Katil Ala Puteri Fantasi
Katil Gelongsor Yang Funky
Katil Stail Minimalis Ringkas
#4 Ruang Simpanan Pakaian
Sama ada kamu memilih untuk guna almari atau buat satu ruang untuk menyimpan pakaian, ianya bergantung pada jenis konsep yang kamu dah pilih dan juga saiz ruang bilik tidur anak.
Ini antara koleksi penyimpanan pakaian yang boleh kamu lihat dan pilih, mungkin ada yang sesuai untuk bilik anak perempuan kamu.
Guna Almari Ringkas
Sediakan Ruang Penyimpanan Pakaian Sendiri
#5 Dekorasi Lampu Siling @ Dinding
Rasanya tak sah kalau tak ada dekorasi lampu siling atau lampu dinding dalam bilik anak kan? Jom tengok design lampu siling yang mana menarik dan comel untuk bilik anak kamu, di bawah.
Lampu Dinding Dan Siling Bintang Dan Bulan
Lampu Candelier Dan Paper Lanter Siling
#6 Ruang Meja Belajar
Selain penyediaan katil, ruang simpan pakaian, lampu bilik, katil dan sebagainya, tidak ketinggalan juga penyediaan meja belajar untuk si anak.
#7 Ruang Rehat, Bermain @ Bacaan
Jika keluasan bilik anak kamu besar, maka kamu bolehlah consider nak tambah item deko untuk buat satu ruang rehat, bermain atau ruang bacaan dalam bilik anak perempuan kamu tu.
Ruang Bacaan Yang Cozy
Ruang Rehat Ala Stail Tuan Puteri
Ruang Bermain Yang Santai Bersama Buaian Dinding
So lepas ni kamu dah boleh fikir dan cari idea untuk deko bilik baby girl kesayangan kamu dengan mudah. Tengok je point-point yang penulis dah highlightkan di atas, InsyaAllah menjadi dekorasi bilik anak kamu tu nanti.
“Selamat mendekorasi bilik anak kesayangan masing-masing ya!“