Kembara

Kerinci Indonesia Pengeluar Kayu Manis Terbaik Dunia, Ini Sebabnya

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kerinci Indonesia Pengeluar Kayu Manis Terbaik Dunia, Ini Sebabnya

Tahu tak sebenarnya rempah kulit kayu manis yang biasa kita gunakan dalam masakan, sebenarnya antara rempah ratus yang tertua di dunia.

IKLAN

Dan penghasil kulit kayu manis yang terbaik di dunia adalah di Kerinci, Sumatera Barat Indonesia, mereka banyak menghasilkan kulit kayu manis berkualiti tinggi yang kemudiannya dieksport ke negara-negara Eropah.

Apa yang membuatkan kulit kayu manis di Kerinci, Indonesia ini sangat berbeza berbanding negara-negara lain seperti Vietnam, China dan Sri Langka?

Di Tanam Di Lereng Gunung Berapi

Menariknya pokok kayu manis di Indonesi ini di tanam di lereng-lereng pergunungan gunung berapi yang tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinci yang terletak di bahagian Sumatera Barat ini merupakan tempat lahir kulit kayu manis yang subur dan berkualiti.

Foto – Pertanianku

Pokok Kayu Manis Berusia Puluhan Tahun

Kebanyakan pokok-pokok kayu manis di Indonesia berusia belasan dan puluhan tahun, untuk menghasilkan kulit kayu manis bermutu tinggi, usia pokok kayu manis memainkan peranan penting. Ini kerana lagi tua pokok kayu manis tersebut lagi baik kulit kayu manis yang dihasilkan.

Foto – Arkib Wanista

Kulit Kayu Manis Dikupas Bila Cukup Usia

Bagi menghasilkan kulit kayu manis, pekerja akan melihat daun pokok kayu manis telah bertukar warna dari merah ke hijau pekat sepenuhnya. Ini sebagai tanda pokok kayu manis sudah matang, selain itu pekerja akan memeriksa usia pokok kayu manis sama ada sudah cukup tua atau tidak.

Foto – National Gardening Association

Lagi Tebal Kulit Kayu Manis, Lagi Mahal Harganya

Untuk makluman Kerinci juga mengeluarkan kulit kayu manis yang termahal di pasaran, kulit kayu manis yang dijual dengan harga yang tinggi biasanya dari jenis pokok tua yang memiliki kulit yang tebal. Lagi tebal kulit kayu manis, lagi mahal harganya.

IKLAN

KERINCI PENGHASIL KAYU MANIS TERBAIK DIDUNIA

FAKTA . KERINCI PENGHASIL KAYU MANIS TERBAIK DIDUNIA

Posted by INFO Kerinci & Sungai Penuh on Sunday, June 7, 2020

Memang bukan biasa-biasa rempah kulit kayu manis dari Kerinci, Indonesia ni ya. Produk kulit kayu manis yang dikeluarkan Indonesia sememang yang terbaik di dunia. Haish terbayang bau kulit kayu manis yang harum tu!

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2,