Cinta & Perhubungan

Wanita Perancis Sesuai Dijadikan Teman Wanita Daripada Isteri?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Wanita Perancis Sesuai Dijadikan Teman Wanita Daripada Isteri?

Kenapa wanita Perancis lagi sesuai dijadikan sebagai teman wanita berbanding dijadikan sebagai isteri? Apa bezanya ni?

IKLAN

Siapa tidak mahu hubungan yang bermula dari perkenalan biasa, bertukar status menjadi teman wanita dan kemudian menjadi isteri. Tapi tak semua pasangan dapat mengecapinya terutama apabila kamu bercinta dengan wanita Perancis.

Apa yang menyebabkan wanita Perancis ini, lebih sesuai dijadikan teman wanita berbanding dengan menjadi isteri. Ikuti kupasan menarik ini dibawah!

#1 Perkahwinan Bukan Matlamat Utama

Foto – Well Travelled Bride

Bagi wanita Perancis perkahwinan bukanlah gol utama atau matlamat utama buat diri mereka, banyak lagi perkara lain yang memerlukan perhatian mereka. Sebab itu, dalam perhubungan mereka lebih selesa menjalin cinta sebagai kekasih je dahulu.

#2 Miliki Sikap Berdikari Yang Tinggi

Lelaki mudah jatuh cinta dengan wanita Perancis dek kerana wanita Perancis memiliki sikap berdikari yang tinggi dalam diri mereka. Dalam hubungan kamu bangga kerana mempunyai sang kekasih hati yang boleh berdikari tanpa pertolongan kamu.

Foto – Magnolia Rouge

Tapi jika kamu ingin jadikan si kekasih sebagai isteri pastikan kamu miliki keyakinan diri yang tinggi juga, kerana kebanyakan hubungan rumahtangga berantakan disebabkan sang lelaki kurang keyakinan diri dan merasakan diri mereka tidak diperlukan oleh pasangan mereka.

Walhal dah tahu wanita idaman jenis berdikari dan bukannya perlu dilindungi setiap masa macam tuan puteri.

#3 Masih Berhubung Dengan Bekas Kekasih

Wanita Perancis memiliki gaya hidup yang bebas dan memiliki personaliti yang sporting hingga mereka masih berterusan membalas mesej dengan bekas kekasih. Jika kamu jenis tak kisah mungkin perlakuan sebegitu yang dilakukan sebagai teman wanita masih boleh diterima.

IKLAN
Foto – Huffpost

Tapi bagaimana pula jika dah kahwin nanti, kamu boleh hadap ke api cemburu yang membara melihat isteri masih berhubungan dengan bekas kekasih.

Silap haribulan hidup kembali pula rasa cinta asmara dengan kekasih lama kalau dibiarkan. Dengan habit wanita Perancis sebegitu, lebih ‘selamat’ jika mereka dijadikan sebagai teman wanita je dahulu.

#4 Mudah Menjalin Cinta

Aspek mudah menjalin cinta di sini adalah meski sekarang ini wanita idaman kamu menjadi teman wanita kamu, jangan sangka hubungan kamu dan si dia eksklusif. Kerana wanita Perancis mudah berkawan dengan mana-mana lelaki dan mudah ‘terjebak’ dengan mainan kayu tiga tanpa kamu sedar.

Foto – GQ

Nah, jika itu boleh berlaku semasa menjadi teman wanita kamu, cuba bayangkan ianya berlaku apabila dah berkahwin dan si dia jadi isteri kamu, mereka tetap boleh jatuh cinta dengan orang lain.

Sebenarnya kalau nak diikutkan sikap yang terdapat pada wanita Perancis, terdapat dalam mana-mana wanita di seluruh negara lain.

Foto – Culture Trip

Wanita yang tidak bersedia untuk menjadi isteri akan buat pelbagi cara untuk tidak memegang status itu. Tambahan lagi dengan zaman moden kini, wanita lebih selesa menjalin hubungan dengan landasan perhubungan adalah teman wanita dan teman lelaki.

Cinta itu luas dan bebas, jika si dia adalah jodoh kamu buatlah walau macam mana sekalipun kamu tetap akan bersama juga.

Rujukan: 1, 2, 3,