Hiburan

Singkap Kisah Aktres Jelita Sonali Bendre Dari Debut Hingga Sembuh Kanser

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Singkap Kisah Aktres Jelita Sonali Bendre Dari Debut Hingga Sembuh Kanser

Siapa yang tonton filem hisdustan 90an ‘Hum Saath-Saath Sain’ dan ‘Sarfarosh’ pasti ingat dengan aktres Bollywood jelita Sonali Bendre yang berlakon sebagai watak utama dalam filem tersebut. Tanpa sedar hampir dua dekad aktres jelita ini berada di dalam industri hiburan Bollywood.

IKLAN

Sonali Bendre bukan saja menempa nama dalam dunia hiburan, malah aktres ini juga memberi sinaran baru buat pesakit kanser lain dengan berkongsi kisah dirinya yang juga merupakan survivor penyakit kanser.

Bukan itu saja, aktres Bollywood ini juga banyak memberi inspirasi kepada orang ramai menerusi perjalanan hidupnya sendiri. Jom kenali aktres jelita Sonali Bendre dengan lebih rapat!

Terjebak Dalam Dunia Hiburan Kerana Dunia Peragaan

Ramai yang tak tahu bahawa wanita hebat berusia 45 tahun ini mula terjebak dalam industri hiburan semasa dirinya menjadi model ketika belajar di kolej.

Semasa program pertunjukkan fesyen berlangsung di kolejnya, salah seorang model untuk pertunjukkan tersebut tidak sempat hadir, kemudian Sonali diminta untuk mengambil tempat model tersebut.

Foto – Pinterest

Sonali yang berusia 19 tahun pada ketika itu tidak pernah memakai kasut tumit tinggi dan risau jika dirinya terjatuh semasa melakukan peragaan tapi semuanya berjalan dengan lancar malah dirinya memenangi tempat pertama dalam pertunjukkan fesyen tersebut.

Sejak itu, Sonali mendapat banyak tawaran modelling. Perjalanan Sonali tidak berhenti di situ apabila pembuat filem Bollywood terkenal, Mahesh Bhatt menemui Sonali semasa bekerja sebagai model dan mula menyunting  Sonali untuk berlakon filemnya.

Debut Sebagai pelakon Pada Tahun 1994

Foto – News Chant

Sonali kemudiannya dilamar berlakon dalam filem yang bertajuk ‘Naaraaz’, hasil karya pembuat filem Mahesh Bhatt. Tetapi Sonali mula dikenali ramai apabila filem keduanya yang bertajuk ‘Aag’ mula ditayangkan terlebih dahulu sebelum filem ‘Naaraaz’. 

Kedua-dua filem ini ditayangkan pada tahun yang sama iaitu 1994, cuma filem kedua Sonali yang bertajuk ‘Aag’ terlebih dahulu membolot panggung dan sekaligus menjadi filem debut buat Sonali dalam insdustri hiburan Bollywood.

Sonali Mula Serius Menjadi Pelakon 

Mengetahui dirinya mempunyai bakat dalam bidang lakonan, Sonali memasuki syarikat Star Dust Talent Search untuk menjadi pelakon.

Kemudian pada tahun 1996 nama Sonali Bendre mula meletup dengan kejayaan filemnya yang bertajuk ‘Diljale’, gandingan mantapnya bersama aktor Ajay Devgan membuatkan namanya sebagai aktres melonjak naik dalam industri perfileman.

Foto – Every Couples HD Wallpapers Download

Sejak dari itu, bakat lakonannya mula diterima dan mendapat pengikhtirafan ramai. Selepas kejayaan filem ‘Diljale’, Sonali banyak menerima tawaran berlakon filem yang hingga kini masih lagi popular seperti:

  • Chori Chori – 2003
  • Tera Mera Saath Rahen – 2001
  • Jis Desh Mein Ganga Rehta Hain – 2000
  • Dil Hil Dil Mein – 2000
  • Hum Saath-Saath Hain – 1999
  • Sarfarosh – 1999

Penat Lelah Berbalas Dengan Anugerah Yang Dimiliki

Sonali mula memasuki industri hiburan sejak berusia 19 tahun lagi sepanjang perjalanan dirinya menjadi aktres, Sonali telah menerima banyak anugerah sebagai aktres perfileman. Hasil usaha dan penat lelah berbalas jua dengan pengikhtirafan dan trofi anugerah.

Foto – WikiBio

Berikut beberapa anugerah yang telah dipegang oleh Sonali:

  • Screen Awards untuk kategori Most Promising Newcomer – Female (1995)
  • Filmfare Awards untuk kategori Sensational Debut (1995)
  • Planet Bollywood People’s Choice Awards untuk kategori Best Supporting Actress (1998)
  • International Indian Film Academy Awards untuk kategori Best Actress (2000)
  • Planet Bollywood People’s Choice Awards untuk kategori Best Supporting Actress (2000)
  • Screen Awards untuk kategori Best Supporting Actress (2001)
  • Filmfare Awards South untuk kategori Best Actress – Telegu (2002)
  • Screen Awards untuk kategori Best Actress – Marathi (2004)

2018 Sonali Bertarung Dengan Kanser Jenis High Grade

Pada tahun 2018 Sonali berkongsi berita sedih pada peminatnya di sosial media bahawa dirinya di diagnosis menghidap kanser high grade iaitu kanser metastasis. Kanser metastasis ini juga dikenali sebagai kanser tahap empat di mana ia mampu merebak menerusi saluran darah dalam tubuh.

Meski dirinya tidak menyangka di diagnos menghidap penyakit kanser ini, Sonali tidak berpatah semangat sebaliknya dirinya bersama ahli keluarga dan kenalan rapat cuba membantu mencari penyelesaian.

Anak Dan Suami Tercinta Pendorong Utama Sonali

Bayangkan bukan mudah untuk diri menerima suratan takdir, melawan penyakit kanser yang agresif dengan melakukan rawatan kimoterapi membuatkan sesiapa saja merasakan diri telah hilang semuanya.

Namun Sonali dapat menangani segala yang dilemparkan berkat dorongan dan sokongan tidak berbelah bahagi anaknya Ranveer Behl dan suami tercinta Goldie Behl.

2020 Tahun Gembira, Sonali Pulih Dari Kanser

Selepas dua tahun lebih bertarung dengan kanser, Sonali kini menjadi salah seorang survivor kanser dan kisah perjalanannya membuat rawatan sehingga kembali pulih banyak memberi inspirasi kepada individu yang senasib dengannya.

Sonali berkongsi apa rahsia dirinya untuk kembali pulih dari penyakit kanser menerusi temubualnya bersama India Today. Pengalaman yang dilaluinya banyak memberi semangat buat pesakit kanser untuk terus berjuang sehingga kembali sihat.

Memang tabik perjalanan aktres bernama Sonali Bendre ni, sememangnya memberi sumber inspirasi perjalanan wanita jelita ni. Jom tonton filem lakonan Sonali hujung minggu ni.

Rujukan: 1, 2, 3,