NYX jenama kosmetik popular di Malaysia umum selepas ini tiada lagi outlet fizikal mahupun penjualan produk kosmetik NYX menerusi kedai dalam talian (online) seperti Hermo, Shopee, dan Lazada dijual di Malaysia.
Pengumuman yang dikeluarkan oleh NYX Professional Makeup Malaysia di laman Facebook dan Instagram mereka baru-baru ini, membuatkan peminat setia jenama kosmetik tersebut patah hati.
Selepas 31 Julai 2020 Tiada Lagi Outlet NYX Di Malaysia
Menerusi pengumuman NYX di sosial medianya, ke semua outlet fizikal jenama kosmetik tersebut akan ditutup buat selama-lamanya bermula 30 Jun hingga 31 Julai 2020 mengikut lokasi.
- NYX Suria KLCC – 30 Jun 2020
- NYX Sunway Pyramid – 30 Jun 2020
- NYX Mid Valley Megamall – 30 Jun 2020
- NYX IOI City Mall Putrajaya – 1 Julai 2020
- NYX SOGO KL – 31 Julai 2020
- NYX PlayUp Advance Fahrenheit 88 – 31 Julai 2020
- NYX PlayUp Advance Genting – 31 Julai 2020
Selain outlet fizikal, NYX juga memutuskan untuk tidak menjual produk kosmetiknya menerusi dalam talian. Ini antara platform dalam talian yang bakal tidak menjual produk kosmetik NYX di Malaysia, mengikut tarikh masing-masing.
- Shopee [KLIK] – sehingga 30 September 2020
- Lazada [KLIK] – sehingga 30 September 2020
- Hermo [KLIK] – sehingga 30 September 2020
Mana Nak Cari Produk Kosmetik NYX Lepas Ni?
Selepas 30 September 2020 peminat dan pengguna setia produk kosmetik NYX, masih boleh mendapatkan produk kosmetik kegemaran menerusi pembelian dalam talian di stor antarabangsa seperti:
Hanya NYX Malaysia Sahaja Ditutup
NYX Professional Makeup hanya menutup outlet di Malaysia sahaja, manakala di negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand, India, Jepun, dan Hong Kong tiada sebarang pengumuman atau notis penutupan dilsiarkan di laman media sosial masing-masing.
NYX Professional Makeup Malaysia tidak menjelaskan apa punca penutupan ke semua outlet kosmetik mereka di Malaysia.
Dan sekarang ini NYX memberi diskaun durian runtuh sebanyak 80% untuk semua produk kosmetiknya sehingga habis stok, jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan produk kosmetik kegemaran segera!