Kecantikan

5 Jenama Sunscreen Terbaik Untuk Lindungi Kulit Dari UV

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
5 Jenama Sunscreen Terbaik Untuk Lindungi Kulit Dari UV

“Apasal cepat betul kulit aku ni jadi gelap, dah tu rasa kering je ni. Stress kalau hari-hari kulit jadi macam ni dengan cuaca panas lagi. Ish!”

IKLAN

Kulit kamu rasa cepat kering, kusam, dan gelap, lindungi kulit dengan menggunakan produk sunscreen yang paling berkesan dan terbaik sekali di farmasi.

Melihat lambakan jenama produk sunscreen di pasaran, membuatkan kamu berasa pening nak cari jenama mana yang bagus untuk digunakan.

Lepas ini kamu tak perlu pening kepala lagi, pilih sunscren dari lima jenama yang disenaraikan di bawah ni pun dah cukup okay.

#1 Banana Boat – Sport Sunscreen Lotion SPF 110 [KLIK]

Krim sunscreen ini dirumus khas untuk menentang sinaran ultra violet dengan menggunakan bahan seperti UVA, UVB, dan juga teknologi Avo Triplex bersama Avobenzone yang dapat menyerap sinaran matahari pada kulit semudah 1 2 3.

Foto – Arkib Wanista

#2 Sunplay – Skin Aqua UV Moisturizing Gel [KLIK]

Sunplay diperkaya dengan asid hyaluronik bagi memberi kelembapan pada kulit untuk jangka masa panjang dan sunscreen ini juga sangat ringan dan tidak melekit apabila digunakan.

Foto – Arkib Wanista

#3 Avene – Very High Protection Tinted Cream SPF50+ [KLIK]

Jika kamu miliki kulit jenis sensitif, maka sunscreen jenama Avene ini adalah rakan baik kamu, ianya dirumus khas untuk orang-orang yang memiliki kulit jenis sensitif.

Sunscreen ini menggunakan bahan eksklusif seperti thermal spring water, vitamin E, pre-tocopheryl bagi melindungi kulit dari sinaran UV.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

#4 Nivea – Sun Protect & Moisture SPF50+ [KLIK]

Nivea merupakan jenama popular dalam pengeluaran produk sunscreen di pasaran. Nivea Sun Protect & Moisture ini dirumus khas menggunakan bahan seperti filter UVA dan UVB bagi melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari yang kuat.

Foto – Arkib Wanista

#5 Biore – UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ [KLIK]

Biore UV Aqua Rich Watery Essence ini dirumus khas dengan kandungan bahan seperti aqua micro capsules, asid hyaluronik dan campuran citrus bagi memberikan rasa segar dan dalam masa yang sama dapat melindungi kulit dari pancaran matahari.

Foto – Arkib Wanista

Dalam banyak-banyak jenama sunscreen yang terdapat di atas, kamu pernah guna yang mana satu? Harap lepas ni dengan senarai jenama sunscreen di atas, kamu dah tak pening kepala lagi nak cari sunscreen yang sesuai!

Selamat beramal