Dia dikenali melalui watak ikonik sebagai Cleopatra. Itulah dia Elizabeth Taylor.
Elizabeth Taylor adalah seorang aktres British American yang memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada awal tahun 1940-an dan menjadi salah satu bintang paling popular di Hollywood pada tahun 1950-an. Dia meneruskan kerjayanya hingga tahun 1960-an dan kekal sebagai public figure dan ikon sepanjang hayatnya.
Wanita yang juga dikenali sebagai ikon kecantikan ini mempunyai banyak rahsia kecantikan yang menarik boleh kita ikut pada hari ini.
1. Siapa kata produk drugstore tak laku? Elizabeth Taylor menggunakan produk drugstore sahaja untuk skincare dan krim wajah kegemarannya adalah Jergens.
2. Gilakan jenama mewah Elizabeth Arden. Dia gunakan krim Elizabeth Arden Eight Hour dengan kerap dan mengumpul koleksi gincu setiap musim.
3. Ambil masa yang lama untuk berias – setengah jam untuk solekan bibir dan satu setengah jam lagi untuk solekan mata.
4. Kedengaran pelik, tetapi langkah terakhir Elizabeth Taylor dalam rutin solekan adalah dengan mengambil mandian buih dan menggunakan wap sebagai cara untuk set mekap supaya kekal lama dan nampak natural tanpa kelihatan berminyak.
5. Setting powder kegemarannya adalah jenama yang kurang dikenali dari Jepun iaitu Maquifard.
6. Elizabeth Taylor mempunyai bulu mata yang panjang dan lentik, jadi dia tidak pernah memakai bulu mata palsu dan maskara yang heavy. Hanya memakai eyeliner kelabu matte untuk membuat mata lebih galak.
7. Suka penampilan yang lembut dan nampak natural, tidak akan melakukan teknik kontur ketika berias. Pemerah pipi merah jambu adalah pilihannya.
Menarikkan tips kecantikan dari wanita ikonik ini. Mana yang berguna mungkin boleh kita follow.
Selamat Beramal!