Kembara

Senarai Resort Best Di Langkawi, Berbaloi Untuk Kamu Menginap!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Senarai Resort Best Di Langkawi, Berbaloi Untuk Kamu Menginap!

Alangkah seronoknya dapat bercuti di Langkawi bersama keluarga ataupun bersama kawan-kawan, melihat suasana alam yang indah yang dikelilingi air laut biru yang jernih boleh menghilangkan segala kerungsingan yang bersarang di minda.

IKLAN

Tujuan percutian bukan saja untuk healing tetapi juga untuk memberi ruang buat diri kamu bernafas dan menikmati keindahan alam.

Apatah lagi kamu memilih resort penginapan yang best dan menarik, menambahkan lagi pengalaman manis kamu di Langkawi.

Bagi yang tak tahu resort mana yang menyajikan pandangan yang mengasyikan, ini beberapa lokasi resort yang menawarkan pemandangan dan fasiliti yang tip top!

#1 St. Regis Langkawi [SINI]

Di St. Regis Lngkawi menawarkan kepada pengunjung pelbagai pilihan pemandangan seperti pemandangan laut atau hutan Langkawi, ianya bergantung pada jenis bilik yang dipilih.

Bukan itu saja di St. Regis juga menawarkan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti buat pengunjung yang menetap di St.Regis, antaranya:

  • Perkhidmatan butler
  • Wifi
  • Perkhidmatan limose
  • Restoran (Sarapan ala bufet)
  • Bar
  • Room service
  • Mesra kanak-kanak
  • Perkhidmatan cuci pakaian
  • Kolam renang
  • Jakuzi air panas
  • Spa dan fitness
  • Kemudahan akses ke pantai

Pemandangan Driveway Resort

Foto – St. Regis

Lobi Resort Yang Mewah

Foto – St. Regis

King Premier Rainforest Guess Room Yang Menawarkan Pemandangan Hutan Hujan Langkawi

Foto – St. Regis

Sunset Royal Villa Memberikan Panorama Lautan Biru Kepada Pemilik Bilik

Foto – St. Regis

LOrangerie Breakfast Lounge Mewah Menyajikan Sarapan Ala Bufet Yang Lazat

Foto – St. Regis

Rehatkan Diri Di Kolam Renang & Fitness Center

Foto – Arkib Wanista

#2 Datai Langkawi [SINI]

Datai Langkawi menawarkan pengunjung keindahan hutan hujan tropika Langkawi bagi yang ingin melepaskan lelah dan kesibukan kota, maka Datai Langkawi adalah lokasi terbaik untuk kamu beristirehat bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan.

Antara perkhidmatan dan fasiliti yang diberikan di Datai Langkawi ini adalah:

IKLAN
  • Restoran
  • Spa
  • Pusat golf
  • Wifi
  • Bar
  • Room service
  • Perkhidmatan cuci pakaian
  • Kolam renang
  • Fitness Center
  • Dapur (bergantung pada pemilihan jenis bilik)
  • Kemudahan akses ke pantai
  • Mesra kanak-kanak

Pemandangan Indah Datai Langkawi

Foto – Datai Langkawi

Bilik Estet Villa Yang Luas & Selesa

Foto – Datai Langkawi

Santai Berehat & Berenang Di Beach Villa 2 Bilik Mewah

Foto – Arkib Wanista

Nikmati Angin Sepoi-Sepoi Bahasa Di Pantai Datai

Foto – Datai Langkawi

Bersantap Di Ruang Makan Luas & Menyenangkan

Foto – Datai Langkawi

Berehat  Minum Kopi Di Bar Datai Sambil Melihat Laut Biru

Foto – Datai Langkawi

#3 Danna Langkawi [SINI]

Alami percutian gaya moden dan klasik di Danna Langkawi, pemandangan alam semula jadi yang mengasyikan boleh dilihat dari bilik memukau jiwa raga. Memang tak rugi pilih Danna Langkawi sebagai penginapan di ketika bercuti di Langkawi.

Jom lihat apa perkhidmatan yang Danna Langkawi sediakan untuk pengunjung:

  • Wifi
  • Restoran
  • Bar
  • Room service
  • Kemudahan akses ke pantai
  • Perkhidmatan cuci pakaian
  • Kolam renang
  • Jakuzi air panas
  • Perkhidmatan shuttle
  • Spa dan fitness center
  • Mesra kanak-kanak

Tenteramkan Jiwa Melihat Panorama Laut Dari Bilik

Foto – Danna Langkawi

Ruang Makan Yang Elegan & Eksklusif

Foto – Arkib Wanista

Lepaskan Kepenatan Dengan Memanjakan Diri Di Spa!

Foto – Arkib Wanista

Tiada Apa Yang Lebih Seronok Selain Berenang Di Kolam Yang Besar & Luas

Foto – Danna Langkawi

Tak Sah Rasanya Kalau Tak Jejak Ke Gym!

Foto – Danna Langkawi

#4 Andaman Resort Langkawi [SINI]

Andaman Resort Langkawi merupakan lokasi resort yang penuh dengan batu karang laut yang cantik, bukan itu saja pasir pantai yang halus dan putih bersama laut biru yang jernih membuatkan kerana berasa di rawat oleh alam semula jadi.

Kamu pasti akan berasa tenang, santai dan seronok apabila menginap di Andaman Resort Langkawi ni. Jom lihat apa yang ditawarkan resort unik ini:

  • Wifi
  • Restoran
  • Bar
  • Kemudahan akses ke pantai
  • Pusat golf
  • Room service
  • Perkhidmatan cuci pakaian
  • Mesra kanak-kanak
  • Kolam renang
  • Jakuzi air panas
  • Spa dan fitness center
  • Dapur (bergantung pada jenis bilik yang dipilih)

Pemandangan Memukau Di Andaman Resort

Foto – Andaman Resort Langkawi

Lobi Mewah Tersergam Indah

Foto – Andaman Resort Langkawi

Santai Berenang Di Kolam Eksklusif Di Suite Peribadi!

Foto – Andaman Resort Langkawi

Nikmati Suasana Romantik Berdua Di Pantai

Foto – Andaman Resort Langkawi

Nikmati Sarapan & Makan Malam Yang Mewah & Lazat!

Foto – Arkib Wanista

Exercise Wajib Tak Boleh Tinggal

Foto – Andaman Resort Langkawi

#5 Tanjung Rhu Resort Langkawi [SINI]

Kamu suka penginapan dengan elemen chic, maka Tanjung Rhu Resort Langkawi ini adalah pilihan tepat untuk kamu. Resort yang terletak satu minit perjalanan dari Taman Hutan Geo Kilim ini, memberikan pengalaman penginapan yang tidak terhingga buat pengunjungnya.

Tak percaya, jom lihat apa yang resort ini sediakan untuk pengunjung bertuahnya:

  • Wifi
  • Restoran
  • Bar
  • Room service
  • Perkhidmatan cuci pakaian
  • Kemudahan akses ke pantai
  • Mesra kanak-kanak
  • Kolam renang
  • Jakuzi air panas
  • Spa dan fitness center
  • Perkhidmatan shuttle

Pemandangan Di Tanjung Rhu Resort Yang Indah Memukau

Foto – Arkib Wanista

Berehat Santai Di Kolam Renang Sambil Melihat Air Laut 

Foto – Tanjung Rhu Resort Langkawi

Puas Hati Dapat Cuci Mata Melihat Pemandangan Di Pantai Resort

Foto – Arkib Wanista

Maniskan Percutian Dengan Menu Manisan Yang Lazat, Sambil Menikmati Panorama Alam!

Foto – Tanjung Rhu Resort Langkawi

Apa lagi jom set up percutian kamu dengan penginapan paling best di Langkawi ni, sambil bercuti sambil menikmati panorama alam semula jadi yang menyejukkan jiwa!

Selamat bercuti