Walaupun banyak sektor ekonomi mula buka tapi masih ada lagi yang memilih untuk bekerja dari rumah, memandangkan penularan pandemie Covid-19 masih ada.
Mampu bekerja dari rumah adalah satu keistimewaan, malangnya… anda tidak boleh terlalu selesa ketika menghadirkan ke video meeting, memandangkan anda masih bekerja secara teknikal. Wajah haruslah berias agar tidak kelihatan lesu sahaja. Mengenakan sedikit solekan agar anda kelihatan lebih profesional dan bersedia.
Perlukan sedikit inspirasi untuk tampil cantik berseri? Aktres Erich Gonzales ajar cara mekap paling pantas yang hanya mengambil masa 5 minit untuk bersiap.
Jom kita ikut…
#1 Pertama sekali, anda perlu prep wajah agar kelihatan bersih dan bersinar. Bila kita prep wajah, barulah wajah nampak sihat bermaya. Dan mekap pun absorb ke dalam dengan baik.
Baca : 5 Benda Penting Korang Kena Buat Sebelum Pakai Mekap
#2 Wanita cantik ini mulakan dengan mengoles lip balm dari Dior Lip Glow Raspberry. Ini untuk bibir kekal lembap dan tidak kelihatan pucat.
#3 Seterusnya, dia apply blush jenis krim di bahagian pipi. Dia menggunakan Glossier Cloud Paint berwarna merah jambu, ini memberi kesan raut wajah yang lebih berseri dan segar.
#4 Kemudian, dia menggunakan cream concealer untuk mencerahkan bahagian bawah mata dengan jari-jarinya. Gunakan concealer jenis ringan tapi masih dapat menyembunyikan segala ketidaksempurnaan di wajah.
#5 Selepas itu, dia memakai translucent setting powder di bahagian bawah mata. Dia juga meletakkan di kawasan yang mungkin berminyak – *T zone area*.
#6 Kening dibentuk cantik dengan rapi supaya tidak serabut.
#7 Diakhiri dengan Dior Addict Stellar Shine Lipstick rona merah jambu, dan kemudian sudahi dengan melentikkan bulu mata. Bulu mata yang panjang dan lentik bukan sahaja menjadi idaman, malah disifatkan pelengkap kecantikan serta menaikkan kejelitaan wajah.
Sekarang barulah cantik berseri bila nak video meeting. Penampilan sangat penting ye!