Siapa yang minat Michael Jackson pasti tahu artis lagenda ini memiliki sentuhan fesyen yang unik, versatil dan luar biasa.
Antara fesyen unik dan ketara adalah jenis-jenis kasut yang dipakainya, setiap persembahan hebat Michael Jackson ditemani dengan pemilihan kasut yang gempak dan padu juga.
Jom kita lihat koleksi kasut-kasut yang pernah dipakai oleh Michael Jackson dibawah, mesti gempak-gempak kasut milik MJ ni.
Kasut Anti Graviti
Kasut Loafers Bersama Perisai
Kasut Loafers Moonwalk
Kasut Boots Glitter Warna Silver
Kasut Lampu LED Billie Jean
Kasut Sneaker LA Gear Michael Jackson
Kasut Metal Cowboy Boots
Fakta Menarik Berkaitan Kasut Michael Jackson
Tak Suka Kasut Kulit Digilapkan
Michael Jackson pernah marah pereka kostum kerana menggilap kasut kulitnya, Michael Jackson jelaskan bahawa kondisi kasut kulit yang lusuh sebegitu adalah yang terbaik dan jika kasut digilap ia akan menyebabkan kasut tersebut menjadi licin dan tidak sesuai untuk dipakai ketika menari.
Mesti Pakai Stokin Putih
Kalau perasan tidak kira betapa hebat dan gempaknya kasut-kasut Michael Jackson ni, dirinya memilih untuk memakai stokin putih supaya dapat menarik cahaya dan perhatian penonton untuk melihat pergerakan kaki dan kasut unik Michael Jackson ni. Wow, geniusnya!
Michael Jackson ni memang artis yang punya kesenian dan keunikan yang tersendiri, tak hairanlah sehingga kini pun masih ramai yang tiru memakai kasut macam Michael Jackson ni.