Info Menarik

Awas Pakai Earbuds Terlalu Lama, Penyebab Jerawat Timbul Dalam Telinga

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Awas Pakai Earbuds Terlalu Lama, Penyebab Jerawat Timbul Dalam Telinga

“Stress betullah dengan jerawat ni. Dalam banyak-banyak tempat dia boleh muncul, apasal dalam telinga juga dia pilih!”

Nah jangan salahkan jerawat pula bila berlaku situasi macam ni, salahkan diri sendiri sebab selalu pakai earbuds terlalu lama setiap hari!

Sebenarnya ramai yang tak sedar salah satu punca kenapa jerawat boleh timbul dalam telinga adalah kerana pemakaian earbuds yang terlalu. Tapi macam mana earbuds ni boleh jadi penyebab jerawat mucul dalam telinga pula ni? Jom lihat dibawah.

IKLAN

#1 Earbuds Mudah Terdedah Dengan Bakteria 

Foto – Tools and Toys

Tahu tak earbuds ni sangat mudah terdedah dengan jangkitan bakteria kerana tahi telinga sering melekat pada earbuds tanpa kamu sedar. Dan apabila earbuds kamu sudah tercemar dengan tahi telinga, tidak mustahil bakteria akan datang bukan.

Kemudian kamu pakai pula earbuds tersebut dengan lama di telinga, maka beranak-pinaklah bakteria dalam telinga hingga akhirnya menyebabkan lahirnya jerawat dalam telinga.

#2 Tabiat Suka Letak Earbuds Di Merata Tempat

Foto – Arkib Wanista

Siapa yang suka letak earbuds merata-rata kemudian pakai pula earbuds di telinga terlalu lama nercaya muncullah jerawat dalam telinga tu nanti. Tabiat suka letak earbuds merata-rata sangat tidak bagus kerana ia membuat earbuds kamu mengumpul bakteria.

#3 Tidak Bersihkan Earbuds Lepas Guna

Foto – The Mirror

Kalau dah tahu jenis pakai earbuds lama-lama, rajinkanlah diri tu bersihkan earbuds setiap masa. Janganlah culas atau malas untuk bersihkan earbuds tu kerana oleh sebab kemalasan diri sendiri jerawat muncul dalam telinga kamu!

#4 Earbuds Berminyak Dan Berhabuk

Foto – The New York Times

Siapa perasan earbuds yang kamu gunakan tu berminyak dan berhabuk? Tahu tak kenapa earbuds kamu tu boleh berminyak, bukan sebab earbuds tu terjatuh dalam minyak atau apa tapi kerana dalam telinga kamu sendiri berminyak kerana pembentukan jerawat dalam telinga.

Bertambah teruk apabila earbuds kamu berhabuk dan kamu letakkan di telinga lama-lama, memang bertambah teruklah jerawat dalam telingan tu. Jadi apa nak buat ni?

Atasi Masalah Jerawat Dalam Telinga

Foto – Medical News Today

Untuk mengatasi masalah jerawat dalam telinga kerana penggunaan earbuds terlalu lama, ini yang kamu perlu lakukan.

IKLAN
  • Rajin-rajinlah bersihkan earbuds sebelum dan selepas guna.
  • Pastikan telinga bersih dari sebarang tahi telinga agar ia tidak melekat pada earbuds tu nanti.
  • Jangan letak earbuds merata-rata, simpan di tempat simpanan earbuds.
  • Pastikan tangan kamu bersih sebelum memegang earbuds.
  • Jangan guna earbuds terlalu lama di telinga.
  • Apabila kamu menyapu ubat jerawat dalam telinga, berhenti menggunakan earbuds sehinggalah jerawat tiada lagi dalam telinga.

Bagi yang jenis suka pakai earbuds lama-lama sampai naik jerawat dalam telinga tu, hati-hati ya kalau tak nak jerawat ada dalam telinga kurangkan penggunaan earbuds tu dan jaga kebersihan earbuds.

Jangan tahu pakai je tapi malas nak bersihkan!

Rujukan: 1