Fesyen

Menawan Betul Aktres Bollywood Bersari Di Anugerah Antarabangsa

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Menawan Betul Aktres Bollywood Bersari Di Anugerah Antarabangsa

Fesyen sari memang cantik menawan!

IKLAN

Sari merupakan pakaian tradisional wanita India dan sekiranya dipakai dengan cara yang betul, ia akan memberikan pemakainya penampilan yang begitu cantik dan elegan. Sari menggunakan lima hingga lapan meter kain, dipakai lilit kemas ke pinggang dan lebihan pula dibawa ke bahu.

Jika sari dihasilkan dari fabrik kualiti, maka memang bertambah seri di pemakai. Penulis sendiri berkenan melihat individu tua atau muda yang bangga menyarung sarung daripada pelbagai warna menarik.

Dan tiada yang lebih cantik bila mengenakan persalinan tradisional di sebuah acara. Lagi pula bila hadirkan diri ke anugerah antarabangsa, persalinan tradisional menaikkan seri seseorang.

Beberapa selebriti dilihat bangga dalam sarungan sari ketika hadirkan diri ke karpet merah anugerah antarabangsa. Mereka cukup glamor dan vogue sekali, sehinggakan jurugambar ‘mat salleh’ teruja dengan penampilan luar biasa mereka ini.

Deepika Padukone

Foto – Pinterest

Gabungan sari putih keemasan rekaan Rohit Bal menyerlahkan lagi penampilan Deepika di Cannes 2007.

Sonam Kapoor

Foto – Pinterest

Anak Anil Kapoor, Sonam tampil gorgoeus dalam sari ketika karpet merah Cannes 2013.

Vidya Balan

Foto – Pinterest

Bagaikan ahli politik, Vidya Balan tampil merah dengan perhiasan mutiara di Cannes.

IKLAN

Aishwarya Rai

Foto – Pinterest

Aishwarya Rai muka biasa di anugerah Cannes, dan setiap kali itu dia selesa menyarung sari. Dalam banyak-banyak pilihan sari hitam floral paling tidak serabut dan sesuai dengan dandanan rambut.

Priyanka Chopra

Foto – Corbis

Wanita ini jarang sekali mengenakan sari di event antarabangsa. Tapi untuk festival filem Marakech, Priyanka cantik manis dalam sari sequin rona putih krim.

Kalau artis Malaysia berkebaya di karpet merah, memang cantik manis.