Kembara

Dalam Pengangkutan Awam Sukar Kekalkan Penjarakan Sosial

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Dalam Pengangkutan Awam Sukar Kekalkan Penjarakan Sosial

Kini ramai telah kembali bekerja di tempat masing-masing dan kerajaan pula telah mengeluarkan SOP untuk kita semua ikuti dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tapi berapa ramai yang boleh mengikuti sop yang dikeluarkan oleh kerajaan?

IKLAN

Terutama bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

Mudah Ikuti SOP Semasa PKPB Tapi…

Jika sebelum ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) rakyat masih dapat mengikuti SOP pengangkutan, kerana tidak ramai yang dapat memulakan pekerjaan atas faktor ramai yang berada di kampung halaman dan tidak dapat merentas negeri untuk kembali bekerja.

Foto – Arkib Wanista

Dalam tempoh PKPB tersebut rakyat mudah melaksanakan SOP di dalam pengangkutan awam dek kerana tidak ramai yang menggunakan pengangkutan awam pada ketika itu.

Tapi kini lain pula jadinya, bila mana semua orang telah dibenarkan pulang ke tempat masing-masing, dan kini pengangkutan awam dibanjiri dengan orang ramai hingga sukar untuk melaksanakan SOP.

Sukar Kekalkan Penjarakan Sosial Dalam Pengangkutan Awam

Terdapat beberapa faktor mengapa kita semua sukar untuk mengekalkan penjarakan sosial dalam pengangkutan awam, apakah faktor kesukaran tersebut jom lihat di bawah.

Foto – Arkib Wanista

Jumlah Penumpang Semakin Bertambah

Oleh kerana sekatan merentas negeri telah ditarik balik dan banyak sektor telah kembali beroperasi, maka ramailah yang dapat pulang ke tempat masing-masing dan kembali bekerja.

Dan rata-rata ramai yang menggunakan pengangkutan awam untuk pergi kerja setiap hari, dengan jumlah penumpang yang semakin ramai dan bertambah menyukarkan semua orang untuk melaksanakan penjarakan sosial.

IKLAN
Foto – CBN News

Ruang Dalaman Pengangkutan Yang Terhad

Pengangkutan awam seperti monorel, bas dan keretapi mempunyai ruang yang terhad untuk penumpang pengangkutan melakukan penjarakan sosial seperti yang dikehendaki dalam SOP yang dikeluarkan. 

Foto – Arkib Wanista

Peak Hour Rush!

Waktu peak hour seperti waktu pagi dan petang merupakan masa yang ramai orang menunggu pengangkutan awam untuk pergi dan pulang dari kerja.

Jadi ramailah yang akan berhimpit-himpit dalam keretapi, bas dan monorel, sampai ada yang duduk di lantai (biasa berlaku dalam keretapi). Jadi bagaimana nak kekalkan penjarakan sosial dalam suasana sebegitu?

Tips Keselamatan & Kesihatan Yang Boleh Dilakukan

Meski kini semakin sukar untuk kita lakukan penjarakan sosial dalam pengangkutan awam, namun aspek penting tidak boleh kita ambil sambil lewa. Ini antara tips keselamatan untuk menjaga kesihatan dalam pengangkutan awam.

  • Pakai topeng muka dari rumah siap-siap agar tidak terdedah pada potensi bakteria atau virus di udara.
  • Tidak lupa juga pemakaian handsanitizer bagi melindungi tangan.
  • Scan kod QR (jika ada) menggunakan aplikasi MySejahtera atau aplikasi pengimbas kod QR sebelum menaiki pengangkutan awam.
Foto – Rapid KL

Diharap pakar perubatan berjaya mencari vaksin atau penawar bagi mengatasi penularan virus berbahaya ini. Meski di negara kita telah berkurangan jumlah mangsa yang dijangkiti, tetapi kita tidak boleh leka kerana ia berpotensi untuk menular kembali di masa akan datang.