Berita & Isu Semasa

Justin Bieber Nafi Tuduhan Rogol, Selena Jadi Perisai

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Justin Bieber Nafi Tuduhan Rogol, Selena Jadi Perisai

Penyanyi lelaki popular Justin Bieber nafi tuduhan rogol terhadap seorang gadis di hotel Four Seasons yang terletak di Austin, Texas pada 9 Mac 2014. Berita mengejutkan ini muncul menerusi perkongsian seorang wanita yang tidak dikenali di Twitter.

IKLAN

Wanita yang hanya dikenali sebagai Dianelle (kini akaun Twitter tersebut telah dipadam), menulis pengalamannya dirogol oleh penyanyi bersuara merdu tersebut pada 2014 di hotel Four Seasons.

Justin Bieber Nafi Tidak Pernah Jejak Hotel Four Seasons

Ekoran tuduhan yang dilemparkan oleh wanita tidak dikenali di Twitter, Justin Bieber bertindak mengumpul segala bahan bukti bagi menangkis tuduhan tersebut.

Foto – Arkib Wanista (Justin Bieber kongsi resit Airbnb Hotel Westin, tempat Justin, Selena dan rakan-rakannya menginap pada 9-10 Mac 2014)

Justin Bieber berkongsi resit penginapan dirinya, Selena dan beberapa orang rakan yang lain. Menurut Justin pada 9 Mac dan 10 Mac 2014, dirinya tidak pernah jejak ke hotel Four Seasons kerana menginap di hotel Westin.

Guna Nama Alias Booking Hotel

Melihat nama yang tertera di dalam resit tersebut tiada nama ‘Justin Bieber’, penyanyi 26 tahun ini memberi penjelasan pada waktu itu dirinya menggunakan nama alias sebagai ‘Mike Lowery’ untuk booking penginapan bersama rakannya.

IKLAN

Justin juga memberitahu bahawa dirinya kini tidak lagi menggunakan nama alias berkenaan, ekoran tuduhan yang dilemparkan.

Guna Nama Selena Sebagai Perisai

Isu hangat ini menjadi lebih panas dan sensasi bila mana hampir semua chiap di Twitter yang Justin Bieber tulis, mengguna nama Selena sebagai perisai bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Sekaligus membuktikan bahawa dirinya tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Peminat Marah Guna Selena Sebagai Saksi

Sudahlah dituduh merogol, kini Justin menerima amarah dari peminat Selena dengan mengaitkan penyanyi jelita tersebut dalam isu ini. Rata-rata peminat Selena tidak suka bagaimana Justin kerap menggunakan nama Selena sebagai saksi.

Justin Ambil Tindakan Undang-Undang

Bagi mengakhiri tuduhan yang dinyatakan oleh wanita yang tidak dikenali tersebut, Justin Bieber akan mengambil tindakan undang-undang dan akan bekerjasama dengan Twitter serta pihak berkuasa bagi menangani tuduhan tersebut.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat semuanya akan terjawab nanti.

Rujukan: 1, 2,