Kesihatan

Mana Bagus Minum Air Sambil Atau Selepas Makan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Mana Bagus Minum Air Sambil Atau Selepas Makan

Mak dan ayah selalu pesan jangan minum sambil makan, tapi biasalah yang ditegah itulah yang kita buat betul tak? Jadi antara minum air semasa makan dan minum air selepas makan, mana satu yang lebih bagus sebenarnya.

IKLAN

Sebenarnya tiada jawapan saintifik dan bukti mana yang lebih bagus antara minum air sambil makan dan selepas makan.

Untuk mengupas mengenai topik ini, kita akan mendalami dahulu dari aspek sistem penghadaman dan pencernaan manusia serta kesan minum air pada tubuh.

Fahami Gerak Kerja Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman yang normal bermula apabila kamu mengunyah makanan, dan kunyahan tersebut akan memberi isyarat pada kelenjar air liur untuk menghasilkan air liur yang mengandungi enzim yang boleh mencerna makanan.

Makanan yang masuk ke dalam perut bercampur dengan cecair gastrik berasid yang dikenali sebagai chyme, chyme ini berfungsi mencernakan segala nutrisi makanan ke dalam salur darah.

Foto – Arkib Wanista

Kesemua nutrisi yang diserap oleh chyme ini semasa melalui usus kecil dan hanya sebahagian kecil nutrisi yang diserap oleh usus besar.

Apabila nutrisi telah berada dalam saluran darah ia akan diagihkan kepada beberapa bahagian di dalam badan, dan pencernaan akan berakhir apabila lebihan bahan dimasukan ke bahagian sistem pembuangan biologi tubuh.

Proses pencernaan boleh mengambil masa dalam tempoh 24 jam hingga 72 jam, ianya bergantung apa yang kamu makan.

Kesan Minum Air Sambil Makan

Dalam perdebatan isu minum air sambil makan ini, banyak pandangan positif dan negatif bercampur aduk. Ini antara beberapa pandangan yang dikongsikan, berlaku apabila seseorang itu minum air sambil makan dibawah.

IKLAN
Foto – Health Watch Center
  • Makan sambil minum air beralkohol boleh menyebabkan air liur cepat kering
  • Manakala minum air jenis berasid semasa makan pula boleh menyebabkan jumlah air liur bertambah
  • Selain itu, minum air sambil makan boleh mengurangkan pengambilan kalori harian
  • Disamping itu, minum air sambil makan juga boleh kurangkan nafsu selera makan
  • Bukan itu saja, minum air semasa makan boleh membantu sistem penghadaman memudahkan proses mengunyah dan menelan makanan
  • Minum air sambil makan juga menyebabkan usus mengembang

Kesan Minum Air Selepas Makan

Bagi yang telah diajar untuk minum air selepas makan dengan ideologi ianya dapat melancarkan sistem penghadaman, perspektif tersebut mendapat tentangan pakar nutrisi di seluruh dunia berdasarkan kajian yang ditemui.

Foto – Organic Authority
  • Minum air selepas makan akan menyebabkan usus lambat untuk menghadam makan yang terdapat di dalam perut.
  • Selain itu, minum air selepas makan juga akan menyebabkan kamu berasa cepat lapar dan akhirnya menyebabkan diri kamu terlebih makan dan kembung perut.
  • Boleh menyebabkan jus gastrik menjadi cair lalu menyukarkan enzim pencernaan untuk mencerna makanan dalam perut.

Mana Bagus Minum Air Sambil Makan Atau Selepas?

Foto – Cauldrons and Cupcakes

Jadi apa solusinya, yang mana satu lebih bagus minum air sambil makan atau minum air selepas makan? Pakar nutrisi Dr. Anju Sood merekomen bagi yang minum air selepas makan untuk minum air 30 minit selepas makan.

Ini kerana tubuh pada waktu itu, sedang memproses sistem penghadaman kamu. Manakala bagi yang minum air sambil makan, disarankan untuk minum air dalam kuantiti yang sedikit, bagi memudahkan proses mengunyah dan menelan makanan.

Panduan Untuk Mendapatkan Sistem Penghadaman Yang Sihat

Jaga kesihatan kamu dengan menjaga sistem penghadaman diri, ini antara yang boleh kamu fokuskan untuk mendapatkan sistem penghadaman yang baik dan sihat, selain banyak minum air.

Foto – Arkib Wanista
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Banyakkan makan buah-buahan
  • Kena rajin makan sayur-sayuran dan bijirin
  • Kekalkan berat badan yang sihat dan seimbang
  • Lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk kesihatan diri

Jaga kesihatan diri dengan kekal hidrat. selamat beramal

Rujukan: 1, 2, 3, 4,