Kening boleh merubah wajah seseorang. Hari ini, rata-rata wanita memberi perhatian yang lebih pada kecantikan kening. Nak dilukis bagi tebal supaya wajah kelihatan lebih jelita daripada biasa. Bila kening cantik dilukis dan dipantis, terus rasa yakin nak keluar rumah.
Lagi pula sekarang, semua orang pakai face mask, jadi kecantikan mata dan kening yang diperhatikan dulu. Bila kening cantik semacam Lily Collins, rasa confident dan happy betul.
Bila dah tahu bentuk yang sesuai untuk wajah kita, ada pula timbul ‘sesuatu’ yang mengundang tekanan – jerawat di bawah kening!
Kening dah sempurna tapi jerawat merosakkan segalanya. Bila disentuh rasa sakit yang amat. Lagi pula kalau yang timbul dan ketara, sukar untuk menyembunyikannya.
Kenapa Jerawat Timbul Di Kening?
Menurut pakar dermatologi, mungkin kerana habit dandanan kening yang selalu kita lakukan. Sama ada tweezing, waxing atau bahkan threading, boleh menyebabkan breakouts yang biasa terjadi ketika kalenjar minyak di zon-T lebih banyak daripada di tempat lain.
Penggunaan produk secara berterusan
Gel kening telah menjadi kebiasaan pada hari ini. Ia untuk memastikan kening tetap di tempatnya. Malang sekali, gel ini cenderung menyumbat liang-liang sehingga menyebabkan breakouts dan ada blackheads. Gel kening bahkan mungkin mengandungi silikon yang menyebabkan jerawat.
Tidak membersihkan berus mekap
Tidak membersihkan berus mekap sebelum menggunakannya juga boleh menyebabkan breakouts di kawasan tersebut. Guna alatan mekap yang tidak bersih boleh menyebabkan liang tersumbat dan merengsakan kulit.
Bila timbul jerawat, elak menyentuh kawasan tersebut. Jangan sesuka hati buang jerawat atau menggunakan skrub kerana ini boleh memburukkan lagi kulit.
Ingat, jangan sentuh!