Info Menarik

Salah Ke Makan Masakan Orang Bukan Islam, PU Azman Beri Jawapan!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Salah Ke Makan Masakan Orang Bukan Islam, PU Azman Beri Jawapan!

Meski Hari Raya telahpun berlalu, tapi auranya masih dirasai apatah lagi bila masuk ke pejabat sambutan Hari Raya diadakan bersama rakan sekerja yang lain.

IKLAN

Masing-masing membawa juadah sendiri bagi menyambut Hari Raya di pejabat tapi soalnya, halalkah makan makanan yang dimasak oleh rakan sekerja bukan Muslim?

Untuk kupasan hari ini adalah mengenai isu halal atau tidak makanan yang di masak oleh orang bukan Muslim, bolehkah kita memakan makanan tersebut dengan yakin?

Jom ikuti jawapan menarik dari PU Azman mengenai isu ini di bawah.

Bukan Soal Siapa Yang Masak Tetapi Dari Mana Sumber Makanan Diperolehi

Berdasarkan perkongsian PU Azman di akaun Instagramnya pada dua hari lalu, mengenai isu halal dan bolehkan memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Muslim.

PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man ini menjelaskan boleh dan halal untuk makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Muslim.

Foto – Mstar

“Boleh/halal makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam. Kayu ukurnya ialah keadaan dan cara makanan itu diperolehi, bukan siapa yang masak.

Adakah Muslim masak babi, babi jadi halal?

Adakah kalau Non Muslim masak lembu yang disembelih secara syar’ie oleh Haji Fizi, lembu tu jadi haram.

IKLAN

Korang hadamkan caption Cik Man”

Menurut PU Azman, apa yang penting adalah dari mana sumber makanan atau bahan tersebut diperolehi dan bukannya siapa yang memasaknya. Sesuai dengan dalil yang diturunkan di dalam al-Quran dari Surah al-Baqarah ayat 168.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”

Foto – Arkib Wanista

Ayat ini ditujukan untuk umat manusia sejagat tidak kira apa jua pegangan agama, kepercayaan dan bangsa. Menerusi ayat dari surah al-Baqarah ini orang Muslim boleh makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Muslim dengan syarat, sumber bahan makanan tersebut diperolehi dengan cara yang halal dan bersih.

Ikut Kayu Ukur, Sumber Halal Dan Bersih

Menerusi perkongsian dari PU Azman lagi kalau makanan yang melibatkan haiwan, haiwan tersebut hendaklah halal dan disembelih oleh orang Muslim. Selain itu, PU Azman juga menyatakan kalau makanan seperti sayuran atau roti pastikan ianya bersih dan tidak perlu disembelih.

PU Azman juga berkongsi pandangannya bahawa kadang kala penyediaan makanan oleh orang bukan Islam ini lebih bersih dari segelintir orang Muslim yang tidak menjaga kebersihan.

Foto – Apa Kata Orang

Jadi lepas ini kamu tak perlu ragu-ragu sama ada boleh atau halalkan makanan yang dimasak oleh rakan bukan Muslim, apa yang penting sumber makanan yang kawan kamu perolehi itu halal dan bersih.

Psst.. Tengok gaya PU Azman macam follow YouTuber Sugu Pavitra! 

Rujukan: 1, 2