Makanan

Flat White Dan Latte Sama Tapi Tak Serupa, Ini Bezanya

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Flat White Dan Latte Sama Tapi Tak Serupa, Ini Bezanya

“Pergh sedapnya kopi latte ni, nikmat betullah”

“Eh, silaplah yang kamu minum tu flat white bukan latte tu pun tak tahu ke?”

Sebenarnya ramai je yang keliru dan tak tahu air kopi yang di minum itu sama ada flat white atau latte, kerana visual kopi yang sama mengelirukan kamu. Jadi macam mana nak tahu yang mana satu kopi flat white dan yang mana satu kopi latte?

Sama Tapi Tak Serupa 4 Cara Untuk Bezakan

Sebenarnya tidak sukar untuk mengenal pasti air kopi jenis flat white dan latte, kerana ada beberapa aspek yang boleh kamu boleh lihat bagaimana untuk membezakan kedua-dua jenis minuman kopi ini.

Foto – Arkib Wanista

Lapisan Buih Susu

Flat White – Kopi white flat pula seperti namanya ‘flat’ memiliki lapisan buih susu yang sangat nipis berbanding dengan kopi latte.

Latte – Untuk makluman lapisan buih kopi latte lebih tinggi berbanding kopi flat white, ukuran tinggi lapisan buih susu kopi latte biasanya dalam 5mm (bergantung pada jenis gelas yang digunakan).

Foto – Arkib Wanista

Kuantiti Susu Dan Espresso

Flat White – Bagi kopi jenis flat white ini barista menggunakan dua ristretto shot espresso bersama 10-15 ounces susu stim, ia menghasilkan lapisan buih mikro yang nipis (flat) di atas kopi.

IKLAN

Latte – Untuk kopi latte biasanya barista atau pembancuh kopi akan menggunakan 1-2 ounces espresso dan  8-15 ounces susu stim, barista menggunakan susu stim dengan suhu antara 135 dan 150 darjah bagi menghasilkan buih mikro yang banyak.

Foto – Arkib Wanista

Saiz Cawan

Flat White – Untuk penggemar kaki kopi, air kopi jenis flat white dihidangkan dalam cawan yang bersaiz kecil, atau lebih kurang dalam 160 ml.

Latte – Manakala air kopi jenis latte pula dihidangkan dalam cawan yang sedikit besar dari flat white, kalau mengikut anggaran jumlah air ianya lebih kurang 240 ml.

Foto – Take Part

Rasa Membezakan Jenis Kopi

Flat White – Bagi yang gemar rasa kopi yang kuat maka kopi flat white ini sesuai untuk kamu yang gemar minum air kopi dengan rasa yang kuat dan tulen.

Latte – Manakala bagi yang suka rasa kopi yang tidak terlalu kuat dan manis, maka kopi latte adalah rakan baik untuk kamu yang gemarkan rasa kopi yang manis sebegini.

Bagi sedang mencari minuman kopi kegemaran mungkin kamu boleh mencuba kedua-duanya dahulu dan lihat antara dua jenis kopi ini mana yang sesuai dengan citarasa diri.

So lepas ni jangan keliru lagi yang mana satu kopi flat white dan yang mana satu kopi latte!

Rujukan: 1, 2, 3

IKLAN