Info Menarik

WOW! Ini ‘Konsep’ Lelaki Kacak Dari Serata Dunia

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
WOW! Ini ‘Konsep’ Lelaki Kacak Dari Serata Dunia

Cantik atau kacak rupa paras seseorang sangat subjektif!

IKLAN

Ada orang sukakan wanita yang cerah dan petite, ada juga yang berkenan pada si hitam manis. Sama seperti lelaki, ‘konsep’ kacak untuk setiap negara lain-lain.

Baca : Info Menarik! Ini ‘Konsep’ Wanita Cantik Dari Serata Dunia

Hari ini, lelaki berusaha sedaya upaya untuk menarik perhatian wanita dan mencapai status sebagai individu yang paling dikehendaki dan menawan. Untuk mencapai tujuan itu, mereka melakukan sesuatu yang tidak dijangka, dan bahkan membuat banyak pengorbanan.

Tetapi tahukah setiap negara memberi pendekatan yang berbeza pada konsep kacak. Sebagai contoh, lelaki di Korea Selatan tidak berapa menyukai imej berjambang, tidak seperti di Amerika dan Asia Barat. Pada mereka, jambang nampak kotor dan selekeh, mereka selesa tanpa kumis dan berwajah bersih. Apapun, tepuk dada tanya selera.

Wanista kongsikan konsep lelaki kacak menurut 10 negara berikut.

USA – Berkulit putih, sedikit berjambang dan mempunyai otot.

Foto – Harper Bazaar

Brazil – Rambut messy, badan sasa, mata coklat dan suntan.

Foto – Fashionable Male

India – Kulit tan, macho dan sasa, mata warna coklat dan rambut bergel sentiasa kemas.

Foto – Mid-Day

Sweden – Tinggi lampai, kulit pucat, mata redup, rambut perang dan mempunyai tulang pipi yang tajam.

Foto – The Sun

Turki – Gaya rambut yang rapi, ada bulu di dada simbol kejantanan, wajah raut etnik dan mata warna jernih sama ada hijau atau coklat.

Foto – Pinterest

Itali – Berjanggut, berwajah agak kecil dan mementingkan penampilan fesyen yang bergaya.

Foto – Pinterest

Korea Selatan – Kulit cerah dan licin, muka ala-ala ‘jambu’, rambut dipotong bergaya, pakai aksesori dan mekap.

Foto – Dispatch

UK – Kulit putih semula jadi, penampilan yang dicukur bersih, berotot.

Foto – Gioia Botteghi/eastnews

Australia – Bertubuh sasa, kulit putih semula jadi, penampilan ringkas pakai fitflop dan sneakers.

Foto – Pinterest

Arab – Berjambang, renungan tajam, kulit tan, hidung mancung.

Foto – Pinterest

Malaysia – Kulit gelap, tinggi, senyuman manis.

Foto – Rojak Daily

Sebenarnya nak tarik perhatian wanita, ‘dompet’ kena tebal… hehehe

RUJUKAN

IKLAN