Bila google nama Jamie Chua, pasti akan dikaitkan dengan Hermes Birkin. Kerana wanita cantik kelahiran Singapura ini miliki ratusan beg tangan mewah untuk Hermes Birkin sahaja. Malah, Hermes yang paling mahal ada dalam koleksinya.
Jamie Chua, dirinya merupakan seorang wanita yang digelar “Rich Kids of Singapore”, dalam masa yang sama adalah seorang ibu berusia 46 tahun kepada dua orang anak, hasil perkahwinannya bersama seorang hartawan Indonesia.
Baca kisah – Lihat Bagaimana Bekas Pramugari Ini Berubah Menjadi Wanita Paling Kaya Singapura
Bukan setakat beg tangan, sebilangan besar peminatnya tahu sosialit ini terkenal dengan cita rasanya pada barang mahal dari hiasan rumah, pakaian, mekap dan penjagaan kulit.
Ingin tahu produk mana yang dia gunakan setiap hari untuk kulit wajah muda remaja? Baru-baru ini, Jamie Chua berkongsi rutin kecantikannya dalam video Youtube. Kami menonton dari mula hingga akhir, dan membuat kesimpulan, wanita cantik ini berbelanja hampir $3,000 (lebih RM9000) untuk produk wajah sahaja. Bayangkan RM9000 dihabiskan setiap bulan… boleh juling mata.
Produk pilihannya terdiri daripada Drunk Elephant, Lamer, Charlotte Tilbury, Tatcha, Dior, YSL, Chanel, Lancome, dan macam-macam jenama tak terkata.
Kata Jamie Chu lagi, dia tidak bergantung kepada satu jenama semata untuk wajah tapi sentiasa tukar, kerana percaya kulitnya sentiasa berubah jadi dia perlukan perlindungan tambahan yang baru.
“Oleh kerana keperluan kulit kita akan berubah, kemungkinan bahawa produk yang lama kita guna mungkin sudah tidak lagi berfungsi, jadi ada baiknya kita lakukan perubahan agar kulit kekal bekerja,” kata Marina Peredo, M.D., profesor klinikal Dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York.
5 Produk Yang Jamie Chua Selalu Guna
Drunk Elephant C-Firma Day Serum, RM345. Beli di SINI
Charlotte Tilbury Magic Night Cream, RM445. Beli di SINI
YSL Pure Shot, RM376. Beli di SINI
Dior Prestige Le Micro-caviar De Rose, RM1883. Beli di SINI
Lancome Absolue Soft Cream, RM1050. Beli di SINI
Menangis tengok harga setiap satu produk yang digunanya.