Berita & Isu Semasa

Kristen Stewart Dilamar Jadi Puteri Diana Dalam Filem Baru ‘Spencer’

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kristen Stewart Dilamar Jadi Puteri Diana Dalam Filem Baru ‘Spencer’

Pelakon utama filem Twilight, Kristen Stewart dilamar oleh Pablo Larrain yang merupakan film-maker tersohor untuk filem arahan terbarunya yang berkisarkan tentang kisah hidup Puteri Diana.

Filem terbaru yang bertajuk ‘Spencer’ ini bakal menyajikan kepada penonton tentang keputusan Puteri Diana menjadi wanita biasa selepas perkahwinannya tidak berjalan lancar.

Bagi menghidupkan watak Puteri Diana dalam filem arahan terbarunya ini, Pablo Larrain percaya aktres muda berbakat besar Kristen Stewart mampu membawa watak Puteri Diana dengan baik.

IKLAN

Pengalaman Hidup Kristen Sama Seperti Puteri Diana

Foto – Arkib Wanista

Menurut Pablo lagi, dirinya memilih Kristen memegang watak Puteri Diana adalah kerana pengalaman yang dialaminya sama seperti Puteri Diana, seperti dikerumuni dengan paparazi dan wartawan, kisah hidupnya didokumentasikan, syarikat surat khabar gunakan hubungan percintaan Kristen sebagai bahan media.

Tidak cukup dengan itu, kisah skandal perpisahan Kristen bersama Robert Pattinson yang sehingga kini pun gosip tersebut masih diperkatakan, dan apa yang Kristen rasai serta lalui semua itu dapat memportraitkan jiwa Puteri Diana menerusi pengalamannya.

Foto – Arkib Wanista (Salah satu cara Kristen Stewart dan Puteri Diana menentang ‘unspoken rules’ dengan cara berkaki ayam, apa ada hal?)

Bukan itu saja, Pablo juga memilih Kristen membawa watak Puteri Diana kerana aura misteri dan kuat mempunyai keunikan sebagai seorang aktres. Serta personaliti Kristen dan Puteri Diana dalam menentang ‘unspoked rules’ adalah sama, mereka lebih senang menjadi diri sendiri dari mengikut protokol.

Baik dari segi pengalaman sebagai seorang wanita dan aktres, Pablo yakin Kristen mampu membawa watak Puteri Diana dengan baik.

Filem ‘Spencer’ Berkisar Keputusan Puteri Diana Menjadi Wanita Biasa

Foto – Arkib Wanista

Menurut Pablo filem ini akan lebih memfokuskan hubungan Puteri Diana bersama Putera Charles dan anak-anaknya Putera William dan Putera Harry.

Filem yang berkisarkan pada tahun 90an, di mana Puteri Diana membuat keputusan bahawa perkahwinannya bersama Putera Charles tidak berjalan dan dirinya memutuskan untuk keluar dari perjalanan menjadi permaisuri dan menjadi wanita biasa yang hidup atas kaki sendiri.

Foto – Arkib Wanista

Filem ini akan mengambil tempat di salah satu lokasi terakhir Puteri Diana sebelum kemalangan berlaku iaitu House of Windsor yang terletak di estetnya Sandringham, Norfolk, England.

Pihak produksi filem ‘Spencer’ berkata set penggambaran akan bermula pada tahun 2021 nanti. Sama-sama kita nantikan filem hebat arahan Pablo Larrain dan lakonan Kristen Stewart akan datang.

IKLAN

Rujukan: 1, 2