Baru-baru ini pewaris merangkap ketua eksekutif dan juga pengarah eksekutif Berjaya Corporation Chryseis Tan bersama suaminya SM Faliq SM Nasimuddin dari Naza Group mengadakan majlis ‘baby shower’ dengan cukup meriah bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Apa yang menarik dalam majlis tersebut adalah pasangan merpati sejoli ini menggunakan beg tangan mewah Gucci berwarna merah jambu dan biru lembut bagi meneka jantina bayi mereka.
Beg tangan jenama Gucci tersebut difahamkan merupakan keluaran terbaru tahun ini iaitu beg tangan kecil GG Marmon yang bernilai US$1,290 atau RM5,514.
Majlis baby shower yang diadakan di penuhi dengan hiasan belon bergas helium berwarna merah jambu, putih dan biru, menceriakan suasana majlis baby shower yang diadakan.
Selain itu, kuih donat tergantung di papan dengan rona warna yang sama juga menjadi tumpuan pada majlis berkenaan kerana dijadikan klu bagi meneka jantina anak.
Chryseis dan Faliq di lihat cukup gembira dengan majlis baby shower yang dijalankan, menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Chryseis sebanyak 98 peratus mengundi bayi yang bakal lahir adalah bayi lelaki.
Bagi mendapatkan jawapan terhadap undian yang dilakukan, ibu bapa Chryseis iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan bersama ibu mertuanya Puan Sri Zaleha Ismail, masing-masing memecahkan belon berwarna hitam untuk mengetahui jawapan sebenar dan ianya adalah bayi perempuan.