Fesyen

Skechers Buka Stor Lifestyle Gaya Santai Di Mid Valley

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Skechers Buka Stor Lifestyle Gaya Santai Di Mid Valley

Skechers baru sahaja melancarkan kedai lifestyle terbarunya di Mid Valley, kedai yang berkeluasan 2,217 kaki persegi ini menampilkan rekaan dalaman kedai yang santai dan selesa serta luas. Kedai baru Skechers ini pasti dapat memuaskan hati peminat kasut Skechers dengan pelbagai koleksi kasut.

IKLAN

Kedai Skechers yang baru sahaja di buka ini mempamerkan koleksi-koleksi kasut yang ikonik dan popular seperti:

  • Mark Nason x Skechers
  • Skechers USA
  • Skechers Sports
  • Skerchers Modern Comfort
  • Skechers Street
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Bukan saja di kedai baru ini menampilkan pelbagai koleksi eksklusif Skechers, malah sempena pembukaan baru ini Skechers juga menawarkan promosi rebat sebanyak RM50 apabila berbelanja minimum RM350 dalam satu resit.

Foto – Arkib Wanista

Tambahan lagi, 30 pembeli pertama berpeluang membawa pulang payung eksklusif Skechers bersama beg membeli-belah Mark Nason. Ianya terhad untuk 30 unit setiap hari bermula 12 Jun 2020 hingga 17 Jun 2020.

Semua ini boleh didapati apabila berkunjung sendiri ke kedai lifestyle Skechers di Mid Valley, jadi jangan lepaskan peluang dapatkan kasut idaman di Skechers!